Jumaat, Julai 01, 2016

Ajam's diary: Facebook no more!

Assalammualaikum

This is my 3rd attempt utk delete my Fb account haha

The 1st one lasted for more than a month. 2nd one lasted longer but apparently it was not a deletion, just inactivation which the account still there and will reactive once i log in which i eventually did. Both incident proved me that is not easy to stay away from Fb huhu

Hoping tht my 3rd time mission will be a success. 

I have no problem with Fb. I m okay with anyone who are active on it...your choice your right. I am leaving it because the problem is with my ownself. Hard to control what to share on Fb. I've strong tendecy to publish almost about all happening in my life which i know is not good. My privacy and family security are at stake when i am doing that....but the mechanisme on fb is so abc and making me simply upload anything i feel i want to.

I noticed some people even they have Fb but the rarely post anything. Thats good if i can emulate but obviously i can't. Hence the best and only way out for me is delete my fb account.

Best of luck Muhazam!

Selasa, April 26, 2016

Ajam's diary: famos selebriti i've met

Kecemasan. Kecemasan ! (nada gaya robocarpoli)

April dah nak habis but aku still has nothing to write. KPI is minimum 1 entry/month. So terpaksala poyo sikit kali ini. Aku akan share list para selebriti tempatan yang aku pernah terserempak secara kebetulan di tempat awam.

lets start dari umur aku paling muda yang aku boleh recall.

Nama dia Kamarool Yussof (aku google). Famos masa aku sekolah rendah sebab aku suka sgt cerita Mat Gelap. Dia pegang watak jahat nama Al Fonso. Aku terjumpa dalam toilet kat Central Market. Me n cousins berebut-rebut salam dia haha. thingking back, dlm tandas kot.....
then aku ternampak Pak Nil, time tu dia host Pop Kuiz...not as big as now but still famos. Kat Youhan nama lama, kini dah jadi sunway apatah (Legend Mall). Dia naik escalator, aku tengok je dari bawah. Tak sangka bila aku dh keje ni dapat pulak bekerjasama dgn Pak Nil time family day dinner...jumpa dia and brief dia pasal prog as dia is the emcee cum guest artist that nite.
Nana. aku terjumpa masa dia baru nak up. Aku pun form 1 or 2 je. Berselisih dalam Ampang Mall tapi sebab aku tak minat so aku buat-buat tak kenal jela hihi...budak2.
Faradiya, ni aku tak ingat dah bila exactly. But surely long before GV. Ternampak kat Lobi Hotel The Legend, aku baru nak check in masa tu. Serious putih melepak and cantik.
Beselisih dengan Andy di Suria KLCC. 
Chef Wan too at Suria KLCC. Kecoh macam dalam TV. Dia was walking alone je tapi gaya dia usha barang2 display at glass window tu macam orang tak biasa shopping haha. Walhal kat tangan dah penuh paper bag of branded items.
Sofea Jane pun selisih di Suria KLCC. Naturally cantik and simple looking.
DCT. Masatu aku dalam taxi menuju ke Hotel PNB Darby Park. Taxi stop trafik light depan Masjid As Syakirin KLCC, tiba-tiba DCT and Datuk K nak lintas jalan pergi masjid utk solat terawih...siap bertelekung. Mereka dari either The Zon Hotel or Apartment Binjai.
AZ lalu depan aku dalam Mandarin Oriental. Masa tu aku tgh call wife bagitahu dah sampai bla3. Tiba-tiba je dia slumber berjalan depan aku......terkejut so sempat senyum je.
This couple seat next to our table masa sarapan at Majestic Hotel Melaka.
Jumpa di Berjaya Time Square. Datuk ada game kot petang tu so dia saje round2 dulu release tension. Very humble and friendly. Dia senyum and say hi.....
Jumpa Kak Ani dalam lift Hotel The Zenith Kuantan. Sempat la dia tegur my daughter Hana....sweet orangnya.
Ni quite recent. Dia nak keluar dr pintu lift Hotel Zenith Kuantan. Aku buat tak kenal je sebab tak gemar menteri2 BN nih
Aku ternaik lift yg sama di Hotel Primula KT. Time tu dia bukan MB or menteri, tgh floating xde kuasa dalam kerajaan. Pun aku tak tegur.
Juga di Primula KT. Selisih pintu lobby, Aku senyum je la...masatu dah jadi Menteri Penerangan rasanya.
Nama aku tak tahu but she is Ketua Wanita DAP and MP. 1 lift masa di Holiday Villa Subang, dia tak suka aku so aku pun tak suka dia....fair.
Aku nampak masa kat Subang Airport. Makcik2 sangat u oll...sungguh ke bijak dia ni?
Ternampak kat balai berlepas LCCT. 
Ternampak di The Curve with her family
Zul Ariffin tengah makan di The Tappers, The Curve. Kami lalu je anak beranak....masatu tak famos lg sebab drama2 dia belum meletop.
Nazim Othman tengah lepak kat coffe shop area E- Curve.
David Teo pun di E-Curve, dia tengah diskus bisnes kot nampak serious je.
Ustazah Nor Bayah aku berselisih di Jalan TAR, dia belum Datuk lagi ketika itu. Dengan mak dia shopping....macam chef wan je aku perati haha
Bertembung few times dalam Masjid Nabawi with his son. Tapi before that biasa jumpa and buat program pun so tak la rasa canggung.
Terserempak depan hotel di Mekah. Beliau baru sampai membawa rombongan dr Madinah...sempat salam je.
so ituje yg aku dapat recall tanpa betul-betul ikut garis masa....

Latest update i met with Camellia at the lobby of Impiana KLCC.

Finally teserempak jua dengan my 1 and only Ziana Zain! Jumpa di Ikea Mutiara Damansara with her husband. Tak berani tegur but dia lalu lalang betul2 depan muka aku je...

Ahad, Mac 20, 2016

Bioskop: Review Boboiboy The Movie


Selepas lebih 2 minggu di pawagam, akhirnya dapat juga aku bawa wife dan anak-anak pergi menonton the most talk about toon on local cinema none other than Boboiboy The Movie.

Honestly aku tak follow sangat Boboiboy Tv series the same way I do watch Upin & Ipin which is almost on very single day and night hahaha.

But still aku layan gak bila terplay on TV sebab unlike Upin & Ipin, Boboiboy cuma aired on TV3 on particular day so limit sikit peluang nak menontonnye, begitupun both my kids Hana & Hadi kenal and gemar animasi ni so aku ada strong case to go and watch its movie aside of just to support local animation production.

Anticipation was not so high tho so many good review and critics on social media for the movie. Because I do understand limitations they have as compared to their international giant counterpart namely Disney or Pixar. Pergi nak entertain kids je, surely my 3 and 2 years old kids are would not really mine with any graphic, animation, sound system bla3….so long that it is Boboiboy.

Opening dia layan gak la…a bang start dengan aksi geng tengkotak yg sedang mengejar kelamkabot. Aku bukan xpert and lansung x pandai bab animasi and grafik tapi biasa tengok animation movie. Kelamkabot is a damn nice creation to me….ada unsur2 transformers yg kuat dan convincing, takla nampak macam Tobot.

Babak pakcik yang sedang memancing tengah laut tu pun nicely done, reminds me to film monster house cuma bila pulau terapung tu muncul, obvious lah gap yang masih ada utk local production. Element realistic utk unsur nature tu belum sempurna but it close cuma lack of wow factor. Perhaps the color scheme I don’t know.

Babak lawan semua menarik dan kemas, memang berjuta-juta frame mereka guna rasanya untuk hasilkan setiap aksi….details to the max. Just falling short dgn overall cinematography je to me, rasa macam tengok TV…semua best takde apa yg kurang but the feeling is like not watching movie, if u no what I mean. Especially babak yg too comical like masa ado do and papa zola larikan diri and left dash line tu, serious kelakar tp tak perlu utk filem. Rasa macam tengok Oggie and The Coakroach. Again to me je.

Plot cerita ala2 Dragon Ball, watak gaganaz tu reminds me strongly to pendekar suruhan Fliza named Zoula kalau tak silap, siap boleh berubah lagi and look so similar. Tengkotak tu ala2 Fliza la. Datang bumi cari sfera kuasa aka mutiara naga. Jumpa Bobooiboy yang coincidentally ada ochobot aka Goku yg simpan mutiara naga warisan atuknya Gohan… Kuasa teleport tu sama macam jurus pergerakan sejenak mahadewa kiou. Well its maybe me je yg nampak all those kesamaan tu but at least that was how I feel. Still it’s not a bad thing.

In overall, film ni tetap worth to watch and tak menghampakan. Unlike again Upin & Ipin….aku tak rasa nak ulang tengok banyak kali la kot sebab tengok sekali dah puas.

 

Jumaat, Mac 04, 2016

Produk Review: Serious Mass weight gainer

Malam ni aku nak story personal experience dalam usaha menaikkan berat badan.
Untuk kurus memang payah but ada banyak cara dan tips yang orang kongsi. Bagaimanapun untuk tambah berat badan ramai fikir ianya simple...makan jela confirm gemuk.
Ramai bagi tips like makan time malam. Makan banyak. Well to some one it may not be that simple.
Aku ada metabolisme rate yg cukup tinggi. Makanan cepat hadam. So makan pun xde effect pd berat badan.
Berat badan aku tak pernah lebih 50kg. Normali around 45 to 47kg je. Tinggi 171cm so i am considered underweight.
Pernah try appeton weight gain tp tak berhasil. Kevin al zahri kata makan alone takkan menjadi. Seperti nk kurus...nk gain weight pun perlu pada senaman. Because it helps to generate body tissue even faster. Tapi malasnya la nk bersenam particularly weight lifting.
Plus bukan nk jadi sado pun cuma nak dapatkan berat badan ideal je.
At the moment aku consume Serious Mass. Cokelat powder yang super rich with calory, protein and carb. Memula aku sceptical gak. Sumhow lepas nk abis sepek ni aku rs result dia positiv. Now i am at 48kg. Itupun aku tak minum seperti saranan sebab tak larat minum susu cokelat sokmo2 and malas nak blend.
Taste wise sedap. Rasa macam susu cokelat marigold tu je. Cuma kena blend bcoz kalau shake je takkan larut sepenuhnya. 2 big scoop tau in 8ml air..
Just bought my second bag. Will continue drink it n will update the result timely.
Hopefuli tak jadi gemuk sudahla hahaha
Update 7 mac 49.2kg

Sabtu, Februari 06, 2016

Happy Chinese New Year

Gong Xi Fa Cai!

Membesar dalam komuniti yang muhibbah di Tg Karang exposed me to CNY ever since my childhood as young as i could remember lah.

Masa umur 7 or 8 tahun. Mak kerja restaurant mamak di sg buloh selangor. Duduk hostel dalam restaurant tu. Bila CNY kan sek cuti so aku akan ikut mak tidur hostel. Meriah sangat dgn perayaan CNY ni kat bandar. Sehari suntuk tu aku merayau je macam anak gelandangan haha. Aku ikut je mana naga or singa tu pergi buat show. Best sgt aku rasa masa tu as a kid dapat tengok singa menari sambil diiringi muzik dong dong ceng!

Then aku sama-sama anak2 peniaga tiong hua sekitar tu kutip angpau, limau mandarin, air kotak, candy etc haha. Malam2 kami main mercun ramai2. Walaupun aku kadang2 tak faham apa mereka cakap....yg kecik pd aku speaks in kantonis tapi aku layan je haha. Yg dh sekolah pandai la cakap melayu. Ada sekali tu berebut mercun tapi ayah budak tu marah anak dia instead sebab tak kasi aku main hihi....

Life was so great n simple tht time. No one asked me about my race to be eligible for all those happiness. Uncle2 tu semua super sensitif, mereka tahu i am muslim so takde makanan rumah dihidang....semua packed food dr kedai. Now je kita tetiba jadi paranoid semacam.

Bila dah besar sikit duduk taman perumahan. Jiran kiri kanan bangsa tiong hua. Jadi lebih meriahla CNY....limau and air kotak takyah kirala. Kekacang and paket merah semua jiran2 hantar je ke rumah sebab dia tahu kita takut nak pergi rumah dia....sy takut anjing hoho.

But still rumah kawan2 sekolah kami pergi juga la. Habis 1 bagan tu kami ronda....rumah nelayan atas air. Biasa2 je kawan2 tu...bukan semua org tiong hua kaya raya, i know ramai yg hidup sederhana dan susah macam org melayu too and worse is mereka tak dibantu....mereka had to fight independently. Thts y sumtime mereka jadi a bit kiasu but i can understand tht why. Cuma yang kaya raya tu kalau boleh jgn la racist sgt....layan kasar org melayu just because u tak puas hati pada dasar kerajaan....ramai juga org melayu susah and tak bersalah. I remember sorang towkei ni layan my mom so badly.

My mom kerja kedai dia saleswomen jual pakaian. Tp bila time takde customer dia suruh my mom naek atas and kemas rumah dia....cuci baju and toilet etc. I knew sebab every time i visited my mom mesti dia tengah kat atas kemas rumah...turun bawak baldi and mop. Kalau suruh cuci kedai je boleh terima la. Then gaji 300 je pun sebulan. Bila time gaji dia bagi rm 200 je cash. 100 lg paksa mak amek pakaian je....so tiap2 bulan dpt baju baru huhu.

Having said that bukan semua org tiong hua macam tu. Thts just her. I dun blame her race for that. Ada kawan mak ni towkey kedai kerinting rambut...sgt baek dan selalu datang rumah melawat mak n nenek up to today. 

Personally saya takde kawan super rapat bangsa tiong hua. Sebab kat sek tak berapa gemar bekawan even dgn kawan melayu pun. Baek tp habis kat sekolah je la. But sumhow my best buddy in class was a tiong hua boy. Kami sekepala kot so x pernah ada problem. Layan je each other punya perangai.

Masuk kampus pun aku boleh geng je dgn tiong hua frens in fact terlebih close haha. Outing pun dgn amoi fu chow dr sarawak. Tugasan pun biasanya dgn mereka sebab kami faham kelebihan masing2 and saling mempergunakan haha. Aku suka group dgn non malay sebab mereka super efektif, xde isu tugasan last minit or tak siap. Mereka suka having me in team sebab aku digelar king of bentang in my class so kalau to score time presentation....bagi je aku present haha. Win2 kan?

To me la ada segelintir kawan melayu tal suka geng dgn kawan tiong hua sebab konon mereka manupulatif. I said whts wrong? Surela dia nak kawan kita if kita have sumting to offer....lumrah. So kita work hard la, be competetive...surely mereka akn cari kita. Kita pun jadila manupulatif in a good way....saling manfaatkan kelebihan masing2 even amongst our own race pun. Kalau asyik nk carry biawak hidup je...siapa sanggup kawan? Sekali sekala boleh la tapi kalau tuan badan pemalas...bg task x buat, bila tugasan siap ada nama and dpt markah hmmm itu aku pun menyampah.

In fact for my final yr project...time sem 2 lagi my fren gan hu seng and ng ye wen dah cop myself. Aku suka la sebab ah seng tu calon 1st class and he did eventually grade as 1st class....congratz! Aku? Dapat gak tempias haha...

Tetiba cerita CNY turns up jadi isu inter racial relationship kan. Bukan apa, sedih tengok isu2 mutakhir. Macam dah tak boleh hidup bersama....semua bende jadi isu. Org politik happy bila kita bergaduh n feel unsecure so that kita selamanya will vote for them atas rasa nk selamatkan bangsa konon hahahahahahah

Bai

Selasa, Januari 26, 2016

Derma 2.6 billion. Case closed kata AG.

Hahahahahahahaha

Blog ni tak pernah ulas isu politik and aku pun tak minat nak ulas case yg considered closed by AG....i repeat AG whose has been coincidenlly appointed as TH board member just few days prior to today's expected media statement.

Hahahahahaha nak sambung gelak lagi.

So aku wajib percaya jela hujah AG. Dah dia berani sebut kerabat Raja Saudi yg derma takkan dia tipu kot....confirm2 Raja Saudi marah wei kaitkan nama kerabat Saud tanpa asas.

Dahtu nape aku gelak? Hahahahahaha

Aku rasa TDM dh kena check mate la this time. DSN nampak je macam lembik tapi lagi tactical than TDM dalam ilmu politik. 

So apa pulak plot selanjutnya? Hahahaha lantak korangla. Both parties pun tak menyenangkan rakyat. Asyik gaduh rebut kuasa macam la hidup abadi. 

Doa aku supaya mereka berdamai and diberikan hidayah agar Malaysia kekal makmur sejahtera.

Hahahahahahaha......derma derma

Jumaat, Januari 08, 2016

Go ASEAN: Singapore Zoo, how to reach there by land transport from Jb?

Happy new year!

Azam tahun ni nak jimat cermat. Jalan2 go asean pun kena limit so jom recap our trip to zoo singapore last dec 15.

Tadaaaaa....xcited! Depan pintu masuk pun nk wefie. Last time pergi zoo negara masa umur 5 tahun. Damn 2 decades ago!
So jgn risau as aku takkan poyo2 nk compare zoo singapore dgn zoo negara. X fair for zoo negara unless aku pernah pergi recently kan. But aku baru pergi zoo melaka last yr and still wont compare the 2 sebab it is totally in different leauge.

Beli tiket online ye. Tak perlu que panjang di kaunter tiket and dapat diskaun 10%. If pakai kad kredit bank singapura dpt less 30%. Best kan? Harga tiket pun reasonable considering how famous the place is. Takde beza harga local and foreingner maybe bcoz most visitors are foreigners coming from all over the world.

Located far from city. The area memang reserved forest yg aman dan menghijau je. Tak rasa mcm kat singapore langsung haha. Ada banyak haiwan yg sihat dan bersih hidup bebas dalam habitat masing2. Buaya misalnya hidup dlm sungai buatan yg luas dan besar serta jernih bersama sama ikan dan hidupan air lain....cool kan?

Ada koala. Polar bear yg super hugeeee siap dgn iceberg lagi. Serius besar dan comel. Penguin pun ada. Haiwan lain yg tipikal wajibla ada so aku malas nk mention.

Again wefie bersama sang gajah!

Sori pic lain byk dlm henpon wifey and malas nk amek haha...google je lah ye or visit thier website for more info. Customet service dia pun sgt helping. Aku emel tanya soalan remeh on how nal naek bus pergi sana dr jb? Dia jwb dgn detail siap harga...alhamdulillah kami follow and sampai dgn jayanya.

Bai


Rabu, Disember 30, 2015

Travel with todlers

Suka bercuti? Tapi nervous nak bawa anak kecik? Haha aku pun!

Aku ada 2 org anak. 1st perempuan umut 2yr+ and 2nd boy 1yr+. Both tengah aktif dan banyak ragam layaknya seorang todler. 

1st time fly ke Kuching masatu adik blom lahir. Kakak je ada so much easier. Dia pun baru 8 bulan masatu, tak lincah sgt and blom pandai jalan. Kami usung stroller naek perahu tambang malam2 dan branikan diri ronda bandar kuching waktu hujan lebat sampai kena sound dgn local sebab baby x pakai sarung kaki haha.

2nd time fly ke Bandung. Kalini dh ada 2. Imagine la kan banyak mana luggage nk bawa. Stroller lagi. Dalam flite adik memang crunky. Dia tak suka dudukkkk je tak boleh bebas. 

Sampai Bandung tak byk ragam sebab depa hepi kot jalan2 but ofcoz time soping mereka rasa bosan and mula buat perangai. Kind of killing the mood gak la.

Later kami fly ke Ho Chi Minh. Kalini lebih bersediala. Bawa siap toy and softbook utk depa main dalam flite. Kurang sikit ragam sebab they were entertained haha. Just that kakak tak sukala kena paksa pakai tali pinggang keselamatan tu.

Time jalan2 even naek sampan mudik sg mekong pun kids hepi je. Tired tu memang la but mereka tak meragam. Cuma again masuk je benh than market tu hadi jd histeria....tak mboh langsung diam. 

Recently ke singapore paling mencabar sebab kami bukan naek flite. Naek bus lompat2 dr jb ke zoo singapore. Turun nael bus at woodland checkpoint utk imigresen sambil dukung anak and stroller. 

Apapun kami lebih bersedia like bawa 1 bag galas je utk simpan susu, diaper and baju. 

Anak2 kami pun jenis simple like susu x perlu air suam....air mineral je. Mandi air biasa je. 

Stroller is wajib la. Mudah utk kita and anak2 gak bila dia letih nak tido. Baby carrier aku tak prefer, beli la mahal mana pun...aku pakai ergo but still sakit badan wei kalo lelama. Anak pun x suka, rimas kot and nak tido payah. 

Air masak n kudapan biar byk. Biskut, roti, keropok sihat etc kena bawa sebab kids cepat lapar and suka minta bila nampak kat kedai or org lain makan. So kalo dh bw takyah la beli especially kalo kat tempat yg currency higher.

Softtoy n softbook kegemaran mereka pun jgn lupa bawa skali.

Basic ubat pun boleh bawa kalo tempat tu payah utk kita dpt bekalan ubat.

Btw bila bw budak ni byk gak advantage. Mcm kat airport dpt lane xpress. Imigresen layan baek and tak byk soal. Naek bus confirm dpt seat. Stroller ada org tlg angkat bila naek tangga etc.

Itu jela kalini....




Jumaat, Disember 25, 2015

Go ASEAN: Singapore under SD 200!

Bajet trip!

Alhamdulillah kami selamat pergi and kembali to/fro temasik.

Date 25th dec. Krimas day. Public holiday. Wht a perfect time to Singapore. Less traffic going into.

Kami mainly plan nk ke zoo je. Beli tiket online utk 2 org SD 55. Dapat diskaun 10% if beli online.

Dr jb sentral jalan sikit ke kompleks icq sultan iskandar. Lepas semua urusan imegresen kami naik bus no 160/170 ke Singapore. Fare cuma rm 1.60 seorang. Simpan tiket ye. Lepas seberang tambak bus will stop at woodlands checkpoint. 

Then kena turun utk imigresen singapore plak. Sorang isi form utk masuk and sorang que utk clearance so cepat sikit sebab que panjang. Ni pun kira pendek la sebab cuti. 

Setel tu turun balek utk naek bus no yg sama. Tak perlu bayar dah just tunjuk tiket tadi je. Dr woodlands checkpoint nak ke zoo xde bus terus. So kami ke kranji station dulu, about 5 stops from woodlans checkpoint.

Sampai kranji station ada 2 options.

1st:Walk to Kranji Station and board the North-South line train towards Jurong East and alight at Choa Chu Kang MRT station, 2 stops later.


Alight from Choa Chu Kang MRT station and walk to Choa Chu Kang bus interchange.

Board bus service 927 and alight at Singapore Zoo bus stop, 17 stops later.

2nd as we did : naek cab je haha... about 20 minit with only SD7. Guna meter so tak kena tipula.

Sampai zoo just tunjuk je tiket online in pdf form tu via phone and go in...xde plak gelang2 tgn bagai. Kami bw 1 stroller je tho anak 2 so kami sewa 1 lg dr zoo at SD 9. Puas ronda zoo rs haus maka kami beli ice splashy SD 7.90. Then before balek kami beli sikit cenderamata SD 10.80

Dari zoo kami hop in shuttle bus to suntec city SD 14 for 2 pax. Sampai suntex city cari surau tapi xde...payah wei. Dr situ kami jalan kaki about 30 minit gak ke Merlion...must visit singapore icon. Jd lama sebab x sure arah je. Sempat singgah esplanade and aku solat je dlm nursing room dia yg super luas and comfy macam prince court. 

At merlion kami makan for total SD 20.20. Afterwards kami ride taxi back to woodland checkpoint for SD 32. Lepas urusan imigrasi kami naek bus lagi balek jb sentral for SD 2.80

So total spent for singapore trip is only SD 160....murah kan? Jgn la convert hahaha.

Ni bukan nk cite apa ada kat zoo tp more on guide on to go je....hope ada manfaat.







Selasa, Disember 22, 2015

Ekonomi from dummy for the dummies....haha

Aku  bukan ahli ekonomi. Pernah belajar ekonomi asas semasa SPM dan sedikit ilmu makro and micro ekonomi sewaktu di kampus, namun tidak melayakkan aku untuk menjadi ahli dalam lapangan ekonomi.

Begitupun malam ni rasa nak share sedikit tentang ekonomi dari sudut pandang orang kebanyakan seperti aku, marhaen orang kata.

Apa itu ekonomi? lazim kan kita dengar dialog macam ni...."barang mahal sekarang ni so kena ekonomi sikit lah" or promosi barangan yang macam ni......"promosi hebat, dapatkan pek ekonomi...lebih jimat lebih tahan lama"

Situasi2 di atas menggambarkan ekonomi secara umumnya difahami oleh orang ramai sebagai langkah berjimat-cermat. Kenapa kita nak berjimat? biasanya kerana peningkatan harga barang (Inflasi) atau penurunan dalam kadar pendapatan atau kombinasi kedua-duanya sekali (worse case). Dimana semua situasi tersebut mengurangkan kuasa beli atau selalu famos diukur dgn indeks harga pengguna.

So kiranya takrifan ekonomi umum tu walaupun bukan macam dalam buku tapi ianya agak relevan cuma perbuatan jimat cermat bukanlah ekonomi....ia cuma sebahagian daripada mekanisme kawalan terhadap keadaan ekonomi.

Apa kata buku?? haha....ikut teori, ekonomi ni is kajian sains sosial tentang how kita manusia menggunakan sumber2 yg terhad untuk memenuhi keperluan yg tidak terbatas. Key point dia....sumber adalah terhad tetapi keperluan tidak terbatas, nampak?? takrifan ni dah membayangkan ekonomi ni suatu yg perlu skills and ilmu untuk diurusi. 

Apa dia sumber2 tu? ada 4 sumber ekonomi yang utama....unless dh ada ilmu baru, minta maaf. 1. Buruh (kita la) human resource kalo bahasa glamor.
2. Tanah, kira alam semulajadi la...bukan soil semata-mata tp termasuklah hasil sumber bumi like petroleum, bijih besi, balak, air etc...
3. Modal, ringkasnya wang or duit....nak buat apa pun kena ada duit kan.
4. Usahawan, orang yg menawarkan servis mahupun produk.

Nampak tak semua sumber tu very limited? orang memang ramai tp yg mahir dan berkebolehan untuk buat kerja berapa kerat je?? sebab tu lagi rare skill, lagi tinggi upah dibayar...
Sumber alam....obviously la terhad kan, xyah hurai.
Modal....kaya mana pun kita mesti x cukup gak duit nak buat apa sahaja yg dihajati...so terhad.
Usahawan, ambil cth sykt penerbangan la dulu ada MAS je....fare mahal. Now since ada pilihan lain kira affordable la sikit but still terhad sebab tiket murah kena book awal else kena bayar harga biasa.....so faham kan?? haha

Kehendak yg tak terbatas....ini tak perlu explain kot. Manusia mana pernah cukup, walaupun hakikatnya dalam teori ekonomi ada konsep infiniti..ha beza tau dgn infiniti matematik. Dalam ekonomi ia ibarat isi air dlm gelas....byk mana pun kita isi kalau gelas dah penuh ia akan melimpah keluar gak, no point terus isi. Macam makan la, ada byk food pun kalalu dah kenyang tak boleh paksa. So ia gambaran bhw bukanla semua kehendak manusia ni tak terbatas, still ada tahap infinitinya cuma kita biasa tak peduli selagi boleh kaut.....kaut, tamak!!

So kenapa ada masalah ekonomi? walhal cuma perlu manage 2 bende je.....sumber and kehendak. Hmmm pendapat aku sebab Kehendak kita yg secara natural ikut nafsu dan tamak, tambah buruk ianya telah dimanipulasikan olh para kapitalis yg menguasai sebahagian besar sumber2 ekonomi.

Notice tak?? dalam definasi aku tulis Keperluan tapi dalam huraian lanjut aku tulis Kehendak? sebab kalo ikut keperluan je, insyaAllah takde masalah ekonomi. Tapi kita harini ramai yg ikut Kehendak. Ada beza needs and wants. Need sumting untuk kita hidup je seperti makan tapi kehendak is sumting utk gaya hidup seperi makan di hotel 5 stars. 

Aku malas nk ulas panjang bab Keperluan sebab ramai kita sedar cuma tak mampu nak lawan Kehendak. Bila dah takde duit hujung bulan baru balik pada keperluan....back to basic duit (sumber ekonomi) kawal kehendak dan sekadar penuhi keperluan. So cukup duit untuk makan hujung bulan. Simple kan?? tak payah Gabenor Bank Negara macam ni nk selia ekonomi haha....ofcoz la on macro ekonomi nampak simple macam tu but the real ekonomi yg kerajaan kita handle lot more complicated especially bila masuk hal2 politik tempatan dan antarabangsa.

Cuma kita kena tahu dan ambil tahu sebab ia effect hidup kita secara langsung. Aku bukan ahli kerajaan or anti kerajaan ke tp sebelum kita nak mengulas and marah2 dasar kerajaan, elokla kita faham basic ilmu ekomoni, ni kalau maksud pun tak tahu jangan cerita la bende2 lain. 

Malaysia setahu aku masih lagi mengamalkan dasar ekonomi campuran dimana pihak kerajaan mengawal sesetengah kegiatan ekonomi tetapi dalam masa yg sama memberi autonomi kepada pihak swasta untuk mengawal kegiatan pasaran. Berbeza dengan negara maju yg rata-rata amalkan konsep ekonomi kapitalis....100% ekonomi dikawal secara bebas oleh pasaran based on polisi yg digubal oleh kerajaan lah. Negara mcm Russia guna ekonomi sosialis, memilik negarakan semua sumber ekonomi dah kongsi hasilnya sama rata dgn rakyat, kira kerajaan kawal belaka la lepas tu bg BRIM haha....ada gaya sosialis gakla DS Najib and Rosmah ni. Lastly yg diiktiraf as sistem ekonomi dunia selain 3 tadi tu is ekonomi islam. Dia macam gabungan semua tetapi ofcoz la patuh syariah, xde unsur riba, judi etc..aku x sure mana negara yg amal 100%.

So fahamkan nape kadang2 kerajaan x boleh buat apa2 pada usahawan? macam kes telco and gst. Bukan semua kerajaan boleh kawal dalam sistem ekonomi Malaysia, else org pun bosan and xnak melabur la kat negara ni sebab x boleh buat untung lebih....remember?? kehendak yg tak terbatas? ha bukan kita pengguna je, peniaga pun tak terbatas nak untung. Kalau kerajaan sekat macam-macam pelabur lari pergi negara yg lebih terbuka seperti Singapore which end up kerajaan rugi income dari FDI dan cukai. Manakala kita maybe hilang peluang kerja. Bende ni makin ulas maken dalam aku pergi kang. 

Takde yg perfect sebab semua sistem tu ciptaan manusia kecuali kita kembali pada ekonomi Islam yg Allah gubal dalam Al Quran dan Hadith. Maybe non muslim tak setuju tapi sebagai orang islam aku percaya dan yakin thats the only way. Sebab tu org yahudi tak amal riba, judi, penipuan sesama mereka dalam bermuamalat.

Bab intro stop sini dulu, ada mood aku sambung....seronok cite ilmu ekonomi ni. 

Bai.

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...