Ahad, Ogos 28, 2011

Gurindam Lebaran



Nukilan ini bukan madah karyawan
sekadar merenung hilangnya Ramadan
jauh nan sayup, malam seribu bulan
malam - malam yang menjanjikan sejuta kerahmatan
bagi insan-insan yang mengaku beriman
kini hanya tinggal dalam bayangan...

air mata ini, air mata kecelaruan
antara pilu ditinggal Ramadan
disulami sendu merai kemenangan
kalbu ku ini ditebak kegusaran
mungkinkah akan kutemui lagi wahai Tuhan?
Ramadan....penghulu segala bulan

Namun Syawal wajib kusyukuri
dengan takbir kebesaran Mu Ya Rabbi
aku sujud insafi diri
kembali kepada fitrah azali

Buat saudara, handai dan taulan
ku pohon rimbunan ampun dan kemaafan
khilafku cerminan lemahnya iman
tertunduk dek nafsu tertawan dek syaitan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minnal Aidil Wal Faizil....







Sabtu, Ogos 27, 2011

Khilaf



Assalamualaikum...

erm sejak dua menjak layan IKIM FM ni, saya selalu terdengar sebuah lagu yg pada telinga saya, amat sedap. Walau tak tahu judul dan pelantun nya tp saya layan aje.

semalam gigih pulak mencari lagu tersebut, jumpa di google baru tahu siapa punya lagu. cari di Youtube ada skek je video nye, xde full song. Mujur ada di laman share, boleh la donlod mp3 nye tp x dpt nak share di FB sebab format x supported.

So arini, merajinkan diri maen movie maker utk promote lagu ni kepada semua kawan2. Jgn nilai video yg sy buat sebab sy memang x mahir (ini cuma percubaan ke 2)...nilai bait2 lagu yg ingin sy kongsikan sahaja ye..

wassalam dan Salam Aidilfitri

Ahad, Julai 31, 2011

Ramadhan - Hebahan Aktiviti di EPEMSB




Wahai orang-orang beriman, telah ditentukan (diwajibkan) ke atas kamu berpuasa sepertimana telah ditentukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu mencapai (nilai) taqwa,(ayat 183 surah al-Baqarrah.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu sekali lagi dgn Ramadhan tahun ini, erk rasa mcm ustaz plak...

so dikesempatan ini sy mendoakan diri saya sendiri dan anda semua agar terpilih menjadi insan2 bertuah merebut segala kerahmatan yang Allah janjikan...amin.

Ramadhan thn ini bermula seperti biasa, dgn sambutan Ihya Ramadhan di syarikat. Sayangnya thn ini tak berpeluang ikuti program tersebut kerana ada meeting bulanan dgn para kontraktor, meskipun begitu sy masih menimbulkan kekalutan bilamana Ustad tlh memanggil nama sy utk mengiringi En Wan ke pentas..hihi, maaf ustad lupa bgtau sy ada meeting.

Lepastu, kalut dgn kurma pula...sehingga hari ini, kurma utk semua kakitangan maseh blom dpt diedarkan. Maaflah semua, puncanya sy sendiri yg lemah dlm perancangan, tiada sebarang alasan. Insha allah jika dizini Tuhan, esok kurma bakal menjengah meja2 kalian...harap bersabar ek.



Selepas ini, surau Al Hidayah bakal diimarahkan pula dgn aktiviti tadarus, kumpulan telahpun ditampal kat Surau tadi, mulai esok sesiapa yg berkelapangan jemputla bertadarus...cuma tahun ini mungkin tak buat aktiviti khatam beramai-ramai kerana kesuntukan masa...

Suntuk sebab majlis Iftar dijadual pada 14hb August, kalo sempat habis 30 juzuk by then so boleh la buat...tp x sempat rasanya hehe. Jangan lupa dtg bersama keluarga ke Rumbia Resort, pasti semua dah dpt emel jemputan hok...harap dpt meriahkan majlis tersebut dan maaf awal2 atas segala kekurangan.

Wow padat nye xtvt Ramadhan, esok juga saya akan start advertise nama dan gambar anak2 yatim serta miskin yg perlukan sumbangan anda untuk shopping persiapan raya!! aktiviti yg paling sy gemar saban tahun...cuma thn ini pun lewat skek atas kepincangan sy sendiri :( Apepun harap anda semua sudi menaja adik2 ini seperti thn2 sebelumnya. Hanya Allah sajela yg mampu membalas jasa baik kalian.....

Cakap pasal derma, jgn lupa juga untuk mengisi tabung BAKIP Bersamamu ye, target tahun ini RM 20 K je...ala bonus lebat eeee. Insha allah majlis penyerahan sumbangan Bersamamu akan berlangsung pada 25 August...jadi pd anda yg ingin mencalonkan mana2 penerima, silala emel saya atau Ustad ek...kita memerlukan ramai penerima yg layak.

Tahun ini juga, kita akan edar Kurma ke Madrasah dan Masjid berhampiran, jadi jika anda ada mana2 cadangan, silal kemukakn kepada saya ye....kita ada cukup kurma utk diedarkan insha allah....

Okay, rasanya cukup sini hebahan Ramadhan kali ni, nak tidor awal sebab takut terlajak sahur...meskipun syaitan is leaving us tp iman sy ni blom cukup ampuh utk beramal tanpa lelah...niscaya baikla sy mengurangkan aktiviti berbloging ini tanpa tujuan yg jelas...



akhir kalam, sekali lagi...Ramadhan Kareem buat semua!

jangan lupa Niat puasa ek....kalau lupa saya ingatkan hehe

wassalam

Protokol Majlis - Susunan Keutamaan




Malam ni rasa rajin pula nak membaca, selama ni memang banyak handle majlis rasmi mahupun tidak rasmi, tapi agak kurang mahir hal ehwal susunan keutamaan. Meski ramai yang bertanya dan merujuk pada saya. Maka malam ni saya kongsi sedikit hasil pembacaan saya untuk maklumat semua.

Susunan Keutamaan

- Senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam
- Susunan Keutamaan Persekutuan masa kini ~ Warta Kerajaan P.U. (B) –22 Januari 1998
 Menyusun tempat duduk
 Menyusun atur cara majlis
 Tertib ketibaan tetamu kenamaan
 Tertib kepulangan tetamu
 Penyampaian ucapan
 Pengacaraan majlis
 Susunan bendera

- Asas Menentukan Susunan Keutamaan
 Pegawai Kerajaan
 Jenis jawatan yang disandang
 Gred jawatan
 Anugerah kebesaran
 Bukan Pegawai Kerajaan
 Anugerah kebesaran
 Kedudukan dalam masyarakat

-Panggilan sewajarnya terhadap tetamu kehormat dan dif
 Perdana Menteri
 Timbalan Perdana Menteri
 Ketua Menteri
 Menteri Besar
Yang Amat Berhormat

 Menteri
 Timbalan Menteri
 Ahli Dewan Rakyat
 Ahli Dewan Negara
 Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang Berhormat

 Pengerusi Majlis
 Ketua Jabatan
 Ketua Bahagian
Yang Berusaha
Yang Berbahagia
Yang Mulia

- Susunan Tempat Duduk Bilangan Ganjil
 Bilangan terhad kepada bilangan yang kecil ~ 3, 5, 7 dan 9
 Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau kekananan
 Pengukuran kekananan dikira dari tengah-tengah

- Susunan Tempat Duduk Bilangan Genap
 Bilangan yang ideal ~ 6, 10, 14, 16
 Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau kekanan
 Pengukuran kekananan di kira secara dibahagi dua

selamat beprotokol !

Sabtu, Jun 04, 2011

When a man loves a woman

When a man loves a woman
Can't keep his mind on nothin' else
He'd trade the world
For the good thing he's found

If she is bad, he can't see it
She can do no wrong
And turn his back on his best friend
If he puts her down

When a man loves a woman
Spend his very last dime
And trying to hold on to what he needs

He'd give up all his comforts
And sleep out in the rain
If she said that's the way, it ought to be

When a man loves a woman
I give you everything I've got
Trying to hold on to your precious love
And baby baby please don't treat me bad

Ahad, Ogos 15, 2010

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan & Selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan2, kawan2, teman2 & sahabat andai...uuuu ramainya

Alhamdulillah, kalau korang baca tulisan aku kalini maknanya korang semua termasuk aku maseh berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun ini (barakallah)Moga2 kita semua mendapat kerahmatan,keampunan dan bebas dari api Insha Allah...

Harini sudah 5 hari kita di dalam bulan Ramadhan. Petang tadi alhamdulillah berbuka kat Rumbia, beberapa petang sebelum ni meriah berbuka di Surau Rantau...baru sekali buka kat kedai sama geng2 kat sini.

Tadi buka kat Rumbia sebab esok syarikat akan adakan jamuan buka puasa kat situ. as usual s well aku kena jadi emcee so mesti esok tak dapat makan dgn tenang, maka bos kasi p makan dulu awal2 heeeee

oklah nak layan Dragon Ball Evolution jap....before masuk tido

Selamat berpuasa utk semua!

Isnin, Februari 15, 2010

My brother wed...


Confuse?? terkejut? hoho. 

kata anak tunggal kan, tetiba ada brother plak. Brother yg aku maksudkan ni adalah kawan baik (arif aka kiut) since zaman2 kampus dulu. Kitorang dah ngaku adik beradik pun, sebab aku 7 bulan lebih tua so aku la abang huhu, tapi ramai yg cakap aku ni adik eeee. 

ok this time nak cerita pasal his wedding skek, hari Jumaat 12hb Feb aku klua rumah (kerteh) seawal jam 7 pg menuju ke Bandar Masai, Jb.  Tak banyak bende menarik terjadi kecuali incident aku tersesat ketika d Pekan Pahang dan Mersing Johor. Apapun sebab sesat dapatla aku makan nasi lemak yg boleh tahan sedapnya d terminal Taxi Pekan cuma gerai dia agak berabuk...

oh lupa...sampai Kota Tinggi pun aku sesat gak actuali. Tak pasal2 p masuk dalam bandar Kota Tinggi tp best jugak sebab dpt tgk tempat orang...disebabkan aku asyik sesat je so kiut suruh aku tunggu je kat Jusco Tebrau City, itupun kebetulan je aku lalu situ without knowing.

hehe blom masuk lagi cerita wedding ek....kejap la. later sampai2 je rumah kiut, duk kalut tengok barang2 hantaran dia (9 dulang semuanya). Kagum giler bila tahu semua tu dia buat sendiri, cantique! Tapi knowing him memang wajar pun dia buat sendri, dia jenis yg payah nak percaya pd hasil kerja org laen, drpd dgr dia komplen better bg dia buat sendri. Malam tu plak kitorang round2 bandar p cari CD lagu2 pengantin, memula p Jusco Permas Jaya then Giant Plentong then Jusco Tebrau City, sib baek kat JTC ada jual CD tu....penat pusing. Pas makan2...our last bachelor dinner together, balek rumah rebus telur untuk bunga telur la pulak....tap tup ta[ tup jam 1 baru setel merebus...

then pagi sabtu tu lepas2 subuh kitorang start sarung telur kat bunganya....final packing....sarap n chalow to Kluang. 2 jam perjalanan checked in at Hotel Kluang Baru @ bandar Kluang. Menjelang petang p cuci kereta (mine) because nak guna esok p bawak pengantin. sebagai pengapit aku jd driver tp sebab x pandai pandu kereta manual maka kenala guna kereta aku...petang tu gak was CNY eve, so bandar Kluang bagaikan bandar tinggal dlm cerita The Wax Museum tu.....lengang! nak cari tempat cuci kereta pun sakit, then jumpa 1 tapi x moh amik dah. Jumpa 1 lagi tapi nak caj RM 20! mak oi giler mahal....pusing lagi jumpa yg RM 18, stil mahal but had no choice....boleh la. cuma bengang la gak sebab d way dia cuci tu lebih kurang je, x de snow wash pun....sib baek tempat org.

later kitorang p plak Plaza Tol Ayer Hitam, p tunggu famili Kiut yg dtg dari KB....2 buah van. duduk tepi hiway tgk kereta bumper ke bumper d Plaza tol...ramai org balek kg nampaknya. Dekat jam 8 malam baru famili dia sampai, terus g dinner n balek hotel...rehat2. Tapi kami be2 masih ada misi, iaitu menginai jari pengantin...tugas aku le tu. Sian pengantin x boleh tido lena lepas inai, CNY kan, org Kluang bakar mercun n bunga api...wht to do. Tapi meriahla, cantik bandar kluang mlm tu...colorful.

Masa kat hotel mlm tu, tho dah biasa org tegur muka kitorang iras tp stil mcm heran la gak. 1 org mamat tiong hua ni, naik lift skali ngn kitorang, x semena-mena tanya "lu olang adik abang?" (adik jari dia tuju kat aku) cam biasa kami mengangguk dan senyum...then dia ckp lagi "patut muka selupa" 

Hakikatnya kitorang x pernah rasa muka kitorang iras....tgk gamba byk kali dah x pernahnampak pun keirasannya....maybe white man say true (gaya Salleh Yaacob) "best fren looks alike"

Pagi ahad...lepas sarap, bapak Kiut siap2kan dia utk upacara akad nikah...segak berbaju melayu putih, dia nampak nervous as he shud be. x kasi aku p mana2...so aku stood stil by his side je la. Nikah d Masjid Felda Ulu Belitong, kebetulan pagi tu ada 1 lagi pasangan yg ingin nikah maka to' kadi buat dalam 1 majlis sahaja. Kami sampai dulu so Kiut dinikahkan dulu...cakapla aku emo ke apa, tapi seyes menitik air mata aku time duduk sebelah dia bila 4 saksi melafazkan ucapan sah! terharu sungguh bila sahabat yg kita anggap saudara akhirnya selamat (skali lafaz) memasuki fasa baru dalam kehidupan. Nangis sebab sedey aku x kawen2 lagi pun ada jugak huhuhu

Lepastu lepak kat rumah singgah (rumah to' imam) dalam kawasan felda tu la. Cantik sungguh felda Ulu Belitong, no wonder menang RM 1 juta utk pertandingan felda tercantik. Rumah diorang colorful, tersusun kemas di kwsn berbukit mcm kat Beverlly Hills gitu loh..paling utama, penduduk dia ramah tamah belaka, layan org luar mcm keluarga sendiri. aku bukan setakat tumpang rumah malahan tumpang mandi hoho...(jenis x malu), n bende yg paling aku suka biasala....ramainye yg tanya "adik pengantin ke?" period. Bende yg aku x suke pun biasala, kawan dah selamat, pengapitnya bila lagi?? pertanyaan yg x putus2 sambil diiringi lagu latar blakang dr kumpulan waliband "x laku2" hampeh punya DJ, majlis kawen pun nak putar lagu tu...x sesuai langsung!

sepasang kuning (raja) kiut melangkah segak tepat jam 2 menuju rumah pengantin perempuan (Maria)...adat org sini ada tol, bende baru utk aku. meriah dgn paluan kompang, pertunjukkan silat pulut...mempelai kemudian disandingkan di atas pelamin sambil ditepung tawar oleh keluarga terdekat masing2....senyum melebar je dia, siapa kenal dia taula. Muka merah2...         xcited la tu...seronok...good 4 him, dah macam2 dia lalui for the last few months, very thankful la yg majlis aritu jalan lancar. Lepas makan adap2...tugas aku pun selesai, pengantin sibuk potong kek n begambar ngn tetamu yg hadir.

Aku pun tanpa diminta p layan2 kawan2 kampus (Kukin, Wani, Sham n Bayah) yg dtg membawa suami serta anak2 masing2 bg yg telah bekawen la hehe. Borak2 panjang sambil layan anak2 member memang moment yg sweet...asik tersasul membahasakan diri s abg instead of uncle..comel2 anak diorang, wani bw bayi kembar umur 5/6 bulan, semangat...montel...n x banyak ragam, biasala baby nangis kan (aku lupa nama) sebab nampak dia susah nk sebut.

Manakala bayah plak bw 2 hero...Aiman umo 2 tahun ++ tapi tubuh dia tinggi so nampak mcm 3-4 tahun and Amir umo 5 bulan. Rasa mcm baru je semalam aku dpt sms Bayah lahirkan Aiman...jumpa2 dah 2 tahun umo budak tu... Amir punya serasi ngn aku sampai dia muntah kat baju aku (bj pinjam)...pandai dia, dlm senyap2 je muntah...x berbunyi lansung! x nangis apapun. Si Aiman memula jual mahal n malu...last2 boleh geng gak la (auntie Kukin makan hati).

Sham mcm tu la...cuma maken kurus n rambut dah skema...nex trip to Jb will be on his wedding...look forward!

petang tu lepas majlis selesai, bw mempelai p begamba kat studio...wah2 cantik Maria ngn evening dress warna hitam, Kiut pun s usual segak dlm jaket nehru color sedondon. Byk2 baju, Kiut pilih utk pakai baju yg aku belikan setahun lalu sebagai baju yg d pakai kat belah dlm jaket, dia kata appreciate kerjasama aku...huhuhu thx bro!

lepas gambar, sampai je rumah....11 biji periuk besa menanti Kiut utk dicuci, adat kononya. Maka nak x nak terpaksala dia cuci...aku memang x tolong hehe, khas utk pengantin je. aku bagaimanapun tunggu kat situ sampai dekat jam 11 malam...x dinner pun (lapa)...sian kiut lepas tu mengadu penat n marah2....sabar, adat tu. Bila dia marah....no dinner la jawapnya, aku gak yg terus lapa...sib baek later time gosip2 ngn kakak Maria, dia bw klua mcm2 makanan ringan, dia tgk aku suka makan maken byk plak jenis makanan yg dia hidangkan....

pagi senin....lepas sarap akupun beransur pulang ke Kertih. Ambik kereta kat rumah to'imam...baiknya wife dia, siap tadah tangan bedoa agar aku selamat sampai lg, dia x putus2 pesan pandu elok2 etc....maybe sebab anak dia meninggal kemalangan jalan raya 6 bulan lepas kut, dia now bela cucu yatim tu yg baru masuk 1 tahun 5 bulan...sian adik tu, kecik2 dah tiada ibu. 

dengan 1 pelukan....aku tinggalkan Kiut dlm kehidupan barunya, Kiut n Maria...selamat pengantin baru, doa aku utk korang berdua!

Selasa, Februari 02, 2010

Aktifkan diriku!

Salam buat semua...

Agak lama tak update apa-apa dlm blog ni, btw sapa yg kisah pun sebab bukan ada orang baca hahaha...maklumla aku punya blog ni bosan semacam je, tak IT savvy enough nk upload fancy material n might not.

cuma malam ni rasa nak kembali menulis la sempena tahun baru 2010 ni...harap tak terlewat nak ucap Happy New Yr to all!

Tahun baru bermula ceria. Seisi rumah (bujang) celebrate new yr 4 d 1st time ever since duk umah ni from yr 2006. Kitorang buat simple bbq party on the new yr eve tu sama2 ngn few member office dr EPE & PPT.

Since that, Januari pun bermula, and it was hectic beyond expectation. Keje kat opis tu biasala, siapa yg tak banyak keje rite? tapi program utama Januari adlh company Safety Drive. Aku offer diri nak buat soalan treasure hunt tu, tak sangka ianya bukan sesimple yg difikirkan. It tooks me 1 week tak cukup tido, stay up until 4 am in d morning (mcm zaman student) just nak pecah kepala fikirkan ayat2 mudah yet tricky. Itu blom kira ulang alik Gambang utk survey the route wht so ever....Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tho ada hickup here n there (adat).

January jugak adlh bulan sukan, ada 2 tournaments aku join. Woodball inter HRM section. Hoho section PR Admin emerged as d champion meskipun aku punya stroke plg teruk skali. Then ada bowling inter department gak, just involved HRM, HSE & OPI je la....tho tak menang apa2 tp overall rasa hepi sebab dpt kumpul ramai2 camtu and do some activity together.

last week Jan, kembali menggegar sekolah angkat untuk program Bakti. Puas hati sungguh coz thiz time aku lebih tersusun n tahu wht i am doing. Terharu ngn komitmen tinggi para Fasi, adik2 n pihak sekolah....harap ianya berterusan. 

Now dah masuk February, another busy month tapi dah expect sebab semuanya ada dlm calendar. Ofcoz 3rd Feb is my 27th besday! Alhamdulillah....masih bernyawa dgn sihat n bahagia sampai saat ini. Maybe (kalo ada yg baca) x percaya ngn deklarasi aku ni, tp hakikatnya ialah aku x pernah pun sambut my own besday. Just bukan kebiasaan dlm famili, time tu mak lebih sibuk bekeje n tiap2 kali besday akupun mak xde kat rumah....dia igt tapi wht to do kan. So bila dah besar tak rasa apa2 la...xde nostalgia.

Cuma thiz yr rasa tersentuh gak la bila those who i call frenz, sudi luang masa n wang ringgit utk raikan hari jadi aku...not tht i am supprise 2b frank. Tak harap apa2 pun tp kind of knowing it la dari tindak tanduk depa yg mcm planing and hiding something, nice try u guys...dun forget ek, i m d master of organizing event, hence semua trick2 korang aku boleh hidu :) Pepun sgt2 beterima kasih n mudah-mudahan ia bukan yg terkahir kali kt boleh rai benda2 ni sama2...

sini dulu 4 kali ni, esok2 maybe tulis lagi kalau ada mood....tp dah tekad nk aktif as slowly leaving my FB. 

salam 1 Malaysia! wah wah wah

Rabu, Jun 24, 2009

Soundbite

Dah lama tak menulis…malam ni rasa ada mood plak. Saje nak stori perihal last 2 weeks yg were tiring, xciting & menduga hati serta perasaan.

1st day of last week pagi2 buta dah dapat call drpd makcik beritahu yg nenek ditimpa kemalangan. Tulang kaki kiri patah akibat dirempuh sebuah kereta kancil just betul2 kat simpang nak masuk rumah. Hati jadi sangat gusar sebab last time nenek sakit n terlantar adalah time aku form 2 so dah lama tak xpirience such moment. Rasa nak balik kg aritu gak tapi kereta dalam bengkel n makcik cakap everything is under control…tawakkal je la.
Dalam kesugulan tu di pejabat plak ada QESH Day 2009..keje tetap keje la. Takkan aku nk monyok je kat opis…better amik cuti kalo macam tu. So QESH day tetap dijayakan….tahun ni aku jadi committee by default which come with my position @ admin tapi bukan stream committee ar so aku boleh join activity yg dianjurkan buat pertama kalinya. Secara bidang terjun joint Qesh Race…tho x menang tapi kepenatan tu berbaloi ar dapat memeriahkan suasana. Later team up plak ngn member sekampung atas nama Kuala Selangor untuk Kuiz HSE…Thanks God kami jadi Naib Johan…Tahniah to team Kak Nazma & Kak Shima the eventual winner.  

Then njoy tgk Fit witz competition tu…tahun depan aku nak masuk la coz dah tau apa nak buat hehe.

Last day again bidang terjun jugak diminta jadi emcee utk closing ceremony…mcm biasa sebab pengajur x bagi skrip so aku tibai je la…ntah apa2 aku merepek asalkan majlis in control…sampai CEO pun aku mangsai (sori bos).

Come Thursday aku amik cuti…x tahan dah nak tgk nenek. P amik kete yg baru siap dibaiki n terus balek kampong jenguk nenek. Luka x berjahit coz dia x nak…tulang retak pun x dapat masuk besi coz dia membentak…so bersimen jela kaki nenek. Dia x boleh bergerak n terbaring je kat rumah…kesian plak tgk coz nenek aku ni aktif orangnya, bukan tau duduk diam. now dia jadi rimas sebab tak boleh buat apa2…

Ahad terpaksa juga balik kertih n masuk opis keje sebab ada MPAQ plak….same scenario which my position forced me to be in the committee ( tp aku suka rela) hehe…not a stream committee aku just handle urusan dgn pihak2 luar yg dtg utk buka gerai jualan n pameran je…Alhamdulillah semuanya lancar…ada gerai dari Saba Islamic Media, Islamic Relief Malaysia, Wassiyah Shoppe, Bank Rakyat & Darul Bayan (Maahad Tahfiz)…not bad collection diorang (aku dgr2 la…Saba dpt > rm2000 a day)

MPAQ kali ni aku jadi peserta jugak….masuk kuiz agama tapi kalah di peringkat awal huhu. Apepun atleast aku dpt refresh balik la ilmu2 yg semakin berkarat sebab duk pulun baca balik nota2 lama. Secara bidang terjun (lagi) kena jadi pemain tabla plak utk kumpulan nasyid Sauhatul Muhandis (suara jurutera) yang gagal mendapatkan minus one utk lagu mereka. Ntah dari mana datangnya bakat tetiba je aku boleh bermain alat tersebut (walaupun adakala off tempo) despite a day of practice they end up as a winner…I m proud to be a part of the team. Not a singer tho…just a percussionist. Thanks to sek kg chabang yg sudi pinjamkan alat music tu…selain tu ada mcm2 pertandingan lagi antaranya Sajak, Tilawah, Murattal, Hafazan, Azan & Montaj.

Lain2 hal…dicelah-celah kesibukan MPAQ sempat gak aku melayani rombongan Pengarah Kastam Terengganu, YB Dato’ Ajis. Thanks la Dato’ for all your compliments and being supporting enough during my presentation…u made me realize something. Oh ya…thx sebab puji depan member2 HRPC, moga2 betul-betul dapat rating 2 seperti yg Dato’ cakap tu hehe.

MMM tambahan sikit yg x best dlm minggu ni, luka lama berdarah kembali…tadi Hj Mail ECRO Tanya, nape u tak release? Huhu…Tanya bos la Tn Hj….sy ni mentimun…yg mengikut arahan. Better luck next time…

N n n …aku kena langgar plak ngn seekor kancil malam kelmarin, calar plak bumber Bandar ku…tp redho jela…dgn cool aku langsung x marah pakcik yg langgar aku tu….sebab mcm dah biasa kut hahaha. Asalkan bukan aku langgar org cukupla…kete calar tu perkara biasa.
Sini dulu la…wassalam.

Khamis, April 16, 2009

Corat coret



assalamualaikum & good day!
wow! dah sebulan rupanya aku tak update blog ni.
Bukanla buzy sangat cuma tak berkesempatan nak menulis je. Yesterweek buzy sikit merencana program Beach Cleaning, thanks God the program went smooth & successful. My notes about this is available on Facebook.
Dalam masa yg sama masih bergelut dengan urusan tuntutan insuran kereta, dah buat rayuan terhadap sum amaun yg mereka offer. Mudah-mudahan akan mendapat pertimbangan sewajarnya, jika tidak Biro Pengaduan Bank Negara akan menjadi usaha terakhir aku untuk mendapatkan nilai setimpal bagi kereta tu.
Dengan pihak bank Rakyat pun ada konflik, finali semua setel hanya dengan satu emel aduan kepada ibu pejabat. Now they are very responsive and helping...thank you Bank Rakyat!
Last week plak terpaksa mengadap YDP MPK untuk dapatkan kerjasama MPK bagi program 3R yang bakal meledak tidak lama lagi....nantikan! Weekend plak hadiri mesyuarat agung PIBG Sk Kg Chabang seperti biasa sebagai wakil syarikat. fuhhh...1st time aku attend PIBG meeting, had no idea pun what to do. Then kena ushered YB Dun Kemasik plak...hampeh ustazah Lazifah kenakan aku. YB tu plak slumber je sound, PERTRONAS kenala selalu hadir program2 macam ni, bukan setakat hulur duit je....org kg ni seronok kalo dapat bersua muka...yela yela. Apepun yg bestnya dapat kenal Pak Ali petani jaya...banyak kali dia offered aku datang dusun durian dia, kononnya tahun ni durian berbuah lebat...woww durian kampung duh! Pak Ali confirm sy datang nanti.
Next week nak ke Sk Chabang lagi, ada aktiviti lukisan mural and perjumpaan dengan ibu bapa pelajar program Bakti. MMM ada Management Staff Info Sharing juga, demanded to be program moderator, memula dah refused bcoz was worried people will get bored with me. Yelah baru je last time masa Pushing The Limits Day tu dah buat appearance, nanti people question plak...xde host lain ke?? tp dah disuruh jugak...layan.
Oh ya...this week jugak dapat 2 bos baru. GM baru En Yusri ganti En Wan yang promoted as CEO PETRONAS Ammonia. 19 ni akan jadi emcee untuk farewell dinner kat Awana Kijal...yeaaa makan free! sedeynya la host amatur macam aku ni...org bagi makan je, takdepun upah ribu2 macam Aznil huhuhu. Seorang lagi, SM HRM...my direct report :), bos lama pencen tapi dengarnya dah dapat offer from ECER. Bos baru plak daripada Carigali Oversea....btw, PM pun baru hehehe
April...wht a hectic month. Bajet this fiscal yr pun dah dapat semalam so semua projek boleh kick off soon....tho we are cutting down the bajet but still there are money to be invested.

Ahad, Mac 15, 2009

Hujan

Hmmm hujan-hujan ni aku tak tahu apa nak buat. TV…ASTRO bengong tu macam biasala, bila hujan je NO transmisson. Walhal dah berapa bijik satelit dah depa orbitkan ke angkasa tapi hasil nye camtu jugak. Internet pun lagi satu, bila cuaca macam ni je mesti no network. So apa lagi aku nak buat selain daripada menulis serangkap dua hehe.

This time takde specific topic/judul/tajuk sebab aku menulis out of sudden (nak isi masa lapang je ). Alang-alang ni terasa nak komen pasal konsert pertama AF7 lah. Secara peribadi aku HAMPA...bukan hampa dengan kualiti peserta tetapi hampa dengan kualiti penerbitan tahun ini. Yela..ASTRO asyik promote suatu tranformasi akan berlaku so expectation aku pun langit ke 7 la. Tup-tup production macam hampeh! Giler cost saving, pentas kali ni jauh lebih kecil, set kusam, gelap tak bernyawa….walhal selama ni itula nadi utama yang menjadikan AF lain berbanding program seumpamanya di Malaysia.

Pujian jugakla dari satu aspek iaitu “Drama” AF malam semalam kurang drama aka kezutan...pengacara si AC Mizal pun tak melalut tanpa motif seperti musim lalu. Pelajar tak disuruh memperkenalkan diri dengan cara gedik sambil melemparkan tagline-tagline picisan yang sooo AF! The program was straight forward about singing & performances. A real business la I could say.

Pengkritik, aku suka Dato’ Khatijah Ibarahim…karisma beliau begitu teserlah dalam memberikan kritikan. Meskipun beliau satu nama besar tetapi boleh Nampak sifat rendah diri & tak suka tunjuk pandai yang ada pada beliau, taklah macam Shamsul Ghau2 dalam Raja Lawak musim ke 3….poyo giler!. Adlin macam biasa la…point ada & most of the time relevant tapi berbelit-belit, dia tak tahu konsep concise and concrete. Si Edri tu plak, sikit-sikit…aku pilih budak ni, aduii relax la bro, ko pilih ke tok penghulu ko pilih ke….ada aku kisah?? Komen jelah pasal nyanyian budak2 tu.

Budak2 tu plak…..overall were okay la. Few nampak outstanding n few yang nampak nak kena baling. Aku taknak komen panjang2 pasal depa sebab akupun bukan pandai nyanyi. Cuma aku memang tak boleh tahan dgn mamat yg nyanyi lagu Jamal tu, apa ek nama dia?? Suara was not bad la jugak…tp 1st verse jek dah flat duh! Obvious giler, tak perlu nak ada Ijazah dalam seni nyanyian….sapa2 boleh notis. Hi note plak main taram je…jerit sesuka hati buat aku sakit hati. Lagu tu punyala sedap and ofcoz too big for him as amateur…dare nyela menyanyikan lagu Jamal Abdillah. Blaja lagila dik….

Actually selain AF aku pun follow gak One in a million 3….hehehe. last week Tomok dapat imuniti as expected. Among 9 malam tu, memang Tomok la paling menyerlah both vocally n performance wise. Aku tak puas hati ngan si Syafinaz tu je, tak payahla sound Aidit Alfian live in national TV kak oi…kalo ko tak puas hati ngan prinsip dia yang tak benarkan lagu dia digubah sesuka hati, ko ada 1 minggu sebelum konsert untuk menyatakannya. Then kalo rasa Aidit tak boleh beri komitmen seperti diharapkan, cari jela composer lain, why nak hentam dia kat dalam TV?? His song his right la. Desperate sangat nak backing poor performance from si Esther latu…poyos…kalo minah tu bagus nyanyi la arrangement macam mana pun tetap akan sedap punya…jgn salahkan music score ek. Dato’ Siti tu relax je nyanyi lagu apa & siapa pun.

Okaylah...buat masa ni hujan dah berhenti setelah turun sehari suntuk. So until some other time la....oh ya Viva Liverpool, we never walk alone !! haha tak puas belasah Madrid malam tadi the Reds plak jadi mangsa HAHAHA

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...