Sabtu, November 17, 2012

3 Days 2 Nights



Assalamualaikum semua...

Selamat tahun baru 1434H sempena awal Muharram yg kita raikan baru-baru ni. Awal Muharram has and will always going to be my special day in life sebab pada tarikh itulah aku selamat diijab kabulkan dgn Mrs Muhazam Shah Abd Aziz none other than my luvli Ms Nor Liyana Mohammad.

me and my luvly wife xoxo. Pengalaman pertama naik beca, RM 30 je pusing bandar, pemandu dia pun baek, jadi photographer and tour guide sekali....sungguh2 dia cite macam akuni org Papua New Guinea yg tak belajar sejarah Malaysia....
So, sempena itu dan kebetulan cuti sekolah plus cuti Depavali, kami pun pergi jalan2 ke selatan tanah air dalam edisi 3 hari 2 malam yg padat dan menyeronokkan....

Day 1 kami menuju ke Johor Premium Outlet dekat Kulaijaya, Johor. Story skek on our way to JPO, aku set GPS yg baru beli purposely for this trip :) accordingly to JPO's coordinate la, tapi ntah mana silapnya we ended at Tanah Perkuburan Islam ! dah la tempat tu scary...macam hujung dunia. Alhamdulillah, atlast we managed la to reach JPO.

JPO is such a hugeeee place to shop with so many designer brand's store. Nevertheless, jenama2 harian pun ada gak macam GAP, NIKE, Adidas, Carlo Rino, Bonia, Verns, Padini etc.
Antara outlet premium yang aku ingat hmm Burberry, Michele Kors, Coach, Armani, Ralph Lauren, Braun Buffel etc.

welcome to JPO!
kena beratur !
Dari segi harga, pada aku tgk store la.....ada kedai tu yang aku masuk memang harga x logik utk poket macam aku. T-Shirt Ralph misalnya cecah ribuan RM.

Kalau store macam Coach kat bawah ni, masih mampu milik lagila....plus diskaun memang xleh dapat kat tempat lain even cheaper dr online. Cuma ofcoz la koleksi dia bukan yg latest season.

Macam Carlo Rino lagi best kalau bawak mak2 sebab giler murah kot....50% less!! again not theirs latest collection but attractive enough.


Nike Store and Padini aku rasa paling ramai orang, so aku tak masuk. For sure harga dia murah dari Nike store kat tempat lain. Levi's pun murah giler, aku nyesal tak masuk! jeans 501 tu boleh dpt RM 100 ++ je.....wei kat kuantan dpt Mustang je tu...

GAP murah gak tapi seyes la stock reject shop kot, nak sale pun biarla ikhlas...baik aku beli kat KLCC je.

Overall, it was a nice shopping expirience...4 jam rasa tak cukup tapi utk keselamatan poket, baiklah beredar sebelum terlambat.

Lepas JPO kami vroomed ke JB, having dinner dgn my only brother kat kedai makan yang famous time aku study dulu tapi tak pernah pergi, so that nite dia n his wife treat us a dinner kat kedai atas pokok tu, thank u! later kami ke rumah dia and tido di situ.

Kedai atas pokok.
Pagi2 Day 2 kami suami isteri ronda2 bandar Jb, saje nk tunjuk kat wifey bandar di mana aku belajar dulu. So aku bawak wifey pergi Danga Bay, Dataran Bandaraya and certainly UTM Skudai.....haha giler tak romantik aku ni kan....sambut ulangtahun kat UTM je :)

Later kami teruskan perjalanan ke Bandaraya bersejarah, Melaka!

Tadaaaa........Melaka here we are!



 
Place we stayed....Majestic Malacca. Hotel ni kat river bank je, so close dgn Melaka river cruise, jonker walk n bandar tapi peluh gakla kalo nk jalan kaki je....Best giler sebab sgt2 baba nyonya style yet modern n elegant!














puas kami berjalan di tebing sg melaka, kesian wifey yg sarat mengandung huhu...last2 kami jumpa Melaka Monarail! so kami pun x lepas peluang try naik, RM 10 per person utk perjalanan 1.8km, 20 minit pergi balik. Menarik sebab lalu kat perkampungan Morten sampai ke Pirate park. Lagi best kami naik waktu malam, bandar begemerlapan cahaya.....







Kg Morten di waktu malam, kg tradisional Melayu yg dinamakan sempena nama penjajah british...ironik. Kat sini byk homestay rumah kg, so siapa2 nak rasa pengalaman berbeza, shud try la....
kalo nk best lagi naik river cruise, 45 minit pusing 1 town...cuma RM 10 je. Malam2 sampai jam 12 pun ada...best tgk lampu2 neon.
ni actually dlm library hotel, saje aku suka gambar ni :)
Kat Melaka pun best gak kalo nak shopping, now makin banyak mall and harga barang murah2.....

Maka dgn itu berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami tahun ini......tahun depan iA dengan baby so tak tahulah boleh pergi ke mana sebab bila tgk ramai org travel dgn baby rasa macam erkkkk seksa!

p/s: balek singgah Kuantan servis keta sebab dah mileage dah over, nex week kena turun KL plak meeting so guane pun mesti servis keta. so sempatla kami tgk muvi Istanbul  Aku Datang, kalo tanya pendapat aku yg x mahir ni....cite ni sgt la tak bagus utk org islam, dia promote culture non muslim as of  u r actually watching some foreign movie dubbed in Malay language, itu je. Pendapat aku je la, terpulang kalo korang nak pergi tgk sebab Lisa or Tomok.....duit korang kan :)

Wassalam

Ahad, November 11, 2012

Journey to the west – Kidzania

Assalamualaikum…


Last weekend, aku jadi fasi untuk mengiringi rombongan sekolah angkat company under flag program named Program Bakti Pendidikan Petronas. Sofar trip ni memang annual event la and this year the destination was KL city.

Kami semua bertolak hari khamis petang by bus. Cuma macam aku gerak awal sikit by my own car sebab bertugas jaga penginapan so kena sampai awal before the kiddos. Kami stayed dkt Budget hotel je ofcoz sebab bawak 60 org kot….Hotel kat Taman Maluri, Cheras named d’Garden Hotel. Minus the area which to me a bit “dark”, the hotel itself was good. Perhaps bcoz kami ni their 1st school trip yg stay situ, so hotel layan kami dgn sgt baik. Senang cerita, hotel tu dah macam kami punya.

1st day (Jumaat) kami melawat head office dulu la, saje nk tunjuk kat the kiddos…ha inilah bangunan syarikat yg taja adik-adik semua….KLCC twin Tower! Aku memangla tak teruja sebab saban bulan turun sinun pergi meeting etc tapi the kids seemed amazed dgn the tower. Later kami naek ke level 42 untuk merasai pengalaman di The Sky Bridge. Adik2 tu memang bertuah sebab normal visitor cuma boleh pergi level 41 je tapi diorang berpeluang guna level 42 which open only to VVIP guest!

Next we moved to Petrosains KLCC. Tempat ni pun best for kids tp bosan for me sebab exhibition dia sama je macam the last 2 years. Keluar dari situ kami terus ke Galeri Petronas….walaupun bunyi tempat ni macam bosan, tp surprisingly aku seronok pulak melawat hasil2 seni anak2 tempatan yg mejadi koleksi syarikat kami. Walaupun kebanyakan nye agak abstrak untuk difahami tapi visuali semua Nampak menarik. Pada aku, atleast sekali, korang patut melawat la Galeri Petronas.

Lepas lunch yg disponsor oleh Group Corporate Affairs, thank you GCA! Kami semua berarak ke Aquaria KLCC. Tempat ni kan, masuk berapa kali pun tetap menyeronokkan. Walaupun aku tgk muka ikan yg sama je tp best.

Masuk day 2, lepas check out kami menuju pula ke Mutiara Damansara..destinasi, KIDZANIA ! belum sampai pun aku dh excited sebab 1st time nak masuk. Konsep lapangan terbang dia agak catchy la…kaunter tiket macam kat airport, pastu ada balai berlepas etc…kira visitor ni macam melawati sebuah Negara asing yg bernama Kidzania.

Di Kidzania ni, kanak2 adalah rakyat jelata….kids rule! Diorang ada matawang sendiri yg dipanggil Kidzo. So memula diorang akan diberi check, kena cash check dkt Bank. Bila dah ada cash barulah boleh mencuba pelbagai aktivti2 yg tersedia. Selain tu, kanak2 boleh gak pergi kerja dulu…mereka akan di bayar gaji. Duit gaji boleh simpan dlm bank, boleh dibelanjakan di kedai2 cenderamata or boleh guna untuk aktiviti berbayar seperti ambik driving license, cooking class etc.

Back to our visit, because the place is quite huge and the jobs are so many. Maka tak sempatla kami nak cuba semuanya. For my kids, I mean kids under my guardian….kami sempat ke TV studio dimana diorang berpeluang jadi news anchor (Buletin Utama). Actually aku yg minat bende ni so aktiviti pertama yg kami serbu TV studio lah. The kids macam okay2 je…ikut abang la. Haha aku guna kuasa veto utk mengenang cita-cita lampau. Lepas tu baru kami cuba jadi mechanic kat BHP…giler kontra, dari dunia glamour ke bengkel kereta. Then kami sempat gak jadi fire fighter…happy la budak2 tu dpt naek truck bomba and padamkan kebakaran di hotel. Pusing jauh2 tapi hotel tu actually sebelah balai bomba je! Last sekali kami jadi Postman kat Pos Laju….bebudak sesat baca map time buat delivery so tepaksala ambe join sekali baca map n hantar parcel.

Kidzania ni is a good place to be la Cuma perlukan masa dan planning yg strategic (cewah) ini supaya byk xtvt boleh cuba dan xtvt penting tak terlepas…..

Last sekali before naek bas balek Kerteh, kami shopping d Tesco berhampiran. Malam jam 10.30 sampaila kami di kerteh. PENAT!!

Wassalam.


 

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...