Sabtu, Disember 09, 2017

My Perth moment part 2

Assalammualaikum!

Gigih oke donlod apps blogger bernilai rm 12.90 supaya mudah nak update my blog ni haha. Bajet macam ada readers and followers je. Doesn’t matter la sebab i blog for own satisfaction and memoir in future.

Now nak sambung my Perth experience. 

Day 1

Usai check in aku have a nap for 2 hours. Cuaca sana masa tu was windy and chilly so sedap tidur. Wifey plak masak our lunch seadanya apa yang kami bawa.

Dah segar and kenyang kami pun memandu kereta menuju Freemantle. Tak jauh sangat, about 30km plus je from apartment. 

Freemantle is sebuah bandar pelabuhan di Western Australia. Sampai sana kami boleh nampak mega cruise parking tepi bandar je slumber. Because its an old town so banyak gak historic building dalam pusat bandar Freemantle.


Parking kereta di Perth ni boleh bayar guna credit card so mudahla nk bayar sebab kami xde duit kecik or coins like the locals. 

Memula kami pergi Freemantle Market but kami tak aware that the market is only open from Friday to Sunday only. Maka hampalah harapan kami nak shopping souvenir kat megabes. 


Kami just round2 bandar dan pergi ke jetty untuk mencuba the famos fish adm chips di Kaili’s. Part from the view, i am not a fan of its fish and chips..sorry guys, too plain to my liking.


Kemudian kami pergi ke pasaraya coles untuk beli bahan mentah bagi masakan kami sepanjang berada di sini nanti. Parking dalam coles lebih murah berbanding tepi jalan.

Kedai di sini pun tutup sewal jam 5 or 6 so tak boleh nak shopping lama2 sambil berangan macam di Malaysia hehe. Barang murah dan segar tapi jangan convert to MYR please. Kami beli ikan dan sayuran serta roti. Beras dah siap bawa dari Malaysia tho ada juga dijual di sana. 

Okay sampai sini dulu. Next time aku sambung lagi InsyaAllah.

Bai!

Isnin, Disember 04, 2017

My Perth moment

Assalammualaikum!
Good day mate! The Aussie style 😬

Sungguh lama tak menulis di blog ni since kena transfer ke KL. Had no time to write. But today still on leave sebab baru touch down from Perth last night.
Tho ramai dah menulis pasal Perth with tips bagai, I still nak share my own moment for personal reference in future and perhaps to assist those who have plan to visit Perth.
Flight
Aku booked Air Asia X in May 2017, my wife is a teacher so had to travel during school holiday la kan. Malangnya during that period susah nak dapat sales yang gila2. Hence what i paid was the cheapest I could find.
Alhamdulillah no issue like delay etc. We flew to and fro safely and happily. Duration 5 jam tu to me agak lama so if u have small kids like me better prepare junk food and entertainment for them. Luckily flight going to Perth was at 12 midnight so the kids were sleeping je throughout the journey. But masa balik mereka begitu aktif dan jika bosan akan merengek serta buat bising 😅
Ketibaan  di Perth
Sampai di Perth airport kami lengkapkan borang kemasukan, very simple. Boarder force agency dia agak slow sebab ramai orang and few counters je operate. Yet mudah and friendly too, ramai sangat orang Malaysia 🇲🇾 melancong ke sana hinggakan officer yang layan kami tu boleh cakap melayu sikit2. Kami juga ada bawa bahan masakan so kena declare and mereka sekadar tanya, officer pelik kami tak bawa brahim or nasi lemak haha obviously that the common foods malaysian brought in to Perth.



Later ada biological screening which mereka guna anjing pengesan untuk hidu kita and luggage if ada bawa barang terlarang which includes certain foods type. Lucky us, no issue to pass the boarder enforcer. Kami bawa coco crunch and declare also lepas sebab utk kids kot..dia kesian.
Kereta Sewa
Selesai urusan bagasi kami menuju ke kaunter kereta sewa. Ye kami sewa kereta kerana kami ada anak kecil yang sukar diurus jika menaiki public transport. Jika anda tiada masalah seperti kami maka bolehla explore cara untuk menggunakan public transport yang aku lihat banyak dan mudah serta sepatutnya jimat.
Aku booked kereta Sewa atas talian melalui expedia. Memula book direct kat website syarikat kereta sewa tapi macam banyak sangat hidden charges nye. So aku guna expedia je supaya dapat final price which include insurance and toddlers seat yang wajib pakai di sana. Aku pilih kereta hyundai ascent je, practical utk keluarga kecil kami and murah.
Urusan menuntut kereta pun mudah, pergi je kaunter sykt tu named Budget. They were expecting me so just bagi lesen memandu serta kredit kad. Mereka serah kunci and there you go!
Sambil tu my wife pergi beli simcard optus yang dijual sebelah kaunter kereta sewa je. Internet is penting untuk GPS perjalanan di Perth.
Hotel



Oleh kerana flight midnight so kami sampai awal pagi. Plan asal kami nak terus berjalan sebab belum boleh check in. Tetapi tidur dalam flight economy class bukanlah selesa dan menyegarkan, aku sangat   Sleepy and perlu rehat. Maka kami try je pergi hotel dengan harapan dapat masuk awal.
Aku booked hotel via agoda in September. Mountway holiday apartment. Hotel ni perfect untuk bajet and keperluan kami. Harga tak mahal namun biliknya luas dan selesa. Ada dapur untuk memasak lengkap dengan periuk nasi, toaster, kettle, fridge and basic cooking utensils. Parking pun free.
Masa sampai memang di nampak usang, but hey u ain’t pay for 5 stars hotel don’t u? Pergi check in di office administrator apartment and she was like so helpful and kind to get our room ready as soon as possible before the standard check in time. She even said that I should emel earlier telling that I want to check in early so my room will be ready as soon as i am here. Tak sangka plak boleh buat macam tu hehe, aku emel minta sedia kan iron je sebab wifey nak gosok tudung nanti tudung tak cantik takleh keluar bilik la kami haha
Lokasi apartment ni very strategic, dekat dengan freeway yet dalam kawasan taman yang super cantik. Walking distance to perth city tau siap ada pedestrians walkaway from here cross the freeway. Nak jalan ke kings park pun dekat je also the bangunan parliament.
Aku saran jalan jela sebab bawa kereta susah cari parking and if ada pun like dekat kings park cuma boleh park for 30 minit. Taman tu luas and 30 minit tak puas bergambar.
Dari apartment boleh nampak Bell Tower and if rajin jalan kaki je ke elizabeth quay tu. Tak rasa lelah sebab banyak view menarik untuk dilihat. Nanti boleh lalu watertown outlet, london court, murray mall street and lain2 famos places within the city centre.
Okay sini dulu, if ada masa aku sambung our journey in next entry.
Bai!

Here we are at the Perth international airport!

View from our apartment heading to Kings Park. The other site is heading to city centre.

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...