Rabu, November 30, 2016

Imaginasi oleh Ramli Awang Murshid

Assalammualaikum semua
Imaginasi...novel thriller terbaru nukilan novelis suspen no 1 Malaysia, Ramli Awang Murshid.
Plot utama berkisar tentang kehidupan seorang balu bernama Suhaila yang mendiami rumah agam jauh terperuk di kawasan pendalaman ladang sawit warisan arwah ayahnya, Alang Kassim. Dibantu seorang Mandur yang sangat setia, Suhaila dipercayai oleh orang kampung mempunyai saka singa peninggalan Alang Kassim.
Sebagaimana novel RAM yang lazim. Jalan cerita dari satu babak ke babak yang lain sering bertukar tumpuan terhadap watak watak dokongan yang lain. Antara watak tersebut adalah watak Hafiz. Seorang anak muda yang berkelana di kota London. Dalam perantauan, Hafiz berkenalan dengan seorang gadis warga Indonesia yang bernama Citra Widya. Mereka mengharungi cabaran kecil lantaran status Citra yang merupakan seorang gadis perlarian dan kerap diburu oleh orang-orang Pak Karno. Siapa Pak Karno? Dan mengapa Citra diburu? Saya simpan rahsia ini untuk anda selongkari sendiri.
Berbalik pada Suhaila di ladang sawitnya. Beberapa watak lain adalah Abam dan Juita. Turut serta seorang bekas banduan bernama Kamil yang menjadi pembantu kepada Mandur.
Abam bersifat lembam, dia pengembala lembu milik ayah Juita. Diam-diam Abam menaruh hati terhadap Juita lantas melahirkan hasratnya untuk memperisterikan Juita. Sudikah Juita menerima lelaki lembam seperti Abam? Apakah kesudaham watak Abam, benarkah dia lembam atau sekadar....
Watak-watak ini semua akhirnya bersatu dan ditemukan atas pelbagai dasar dan asbab. Hafiz menpunyai pertalian darah dengan Suhaila. Mereka nekad membantu Suhaila 'mengusir' saka miliknya setelah diberitahu oleh Suhaila rahsia sebenar tentang 'saka' berkenaan.
Bagaimana misi ini dilaksanakan? Mungkinkah ada korban dalam percintaan? Atau Happy Ending menjadi suatu pengakhiran?
Dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran.
Terima kasih.

Sabtu, November 26, 2016

Review : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Assalammualaikum readers..

Harini bawa anak2 pergi menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

Let me do my straight to the point review. Minta maaf jika sebarang konatasi negatif terpaksa diguna. Ia bukan bertujuan menjatuhkan filem ini tetapi ia hanya pandangan peribadi selaku peminat setia watak upin ipin yg menonton filem ini secara berbayar.

Opening of the movie was too slow for my 2 yo son. He asked me twice...where are the twin?

Plot simple but not to the liking of kids below 7 i suppose. Do they really can appreciate konflik untuk pertahankan rumah anak yatim? I dun think so. Especially those kids yg belum faham nilai...they just want to see upin ipin and friends, laugh and play together.

Bukan tak suka konsep animasi gabung alam nyata. Alvin and The Chipmunks was a huge hit sebab watak animasi lebih menonjol. Sebaliknya cerita ni lebih focus pada watak manusia si aqish and kawan2nya. Plot cerita ini pun berkisar tentang dunia manusia. Kewujudan upin ipin hampir tidak significant walaupun agak kerap.

Namun jika muncul sekadar untuk jeng jeng jeng dan kononnya cuba menghiburkan aqish....nampak gaya watak tempelan sahaja si kembar berdua itu. Walhal nama mereka tertera di tajuk filem.

Indikasi lain bahawa anak2 kecil bosan dengan cerita ini ialah bilamana ramai yg menangis atau merengek as the movie developed. 1 of them is my 3 yo daughter. Dia merengek nak balek...my wife had to console her by playing an upin ipin video on u tube using phone. That could entertain her more than the movie itself. Later when i turned around at back...byk kerusi dah kosong. Bukan sebab xde orang ye, mula2 panggung penuh.

Btw. Babak konsert awie and upin ipin je yang menarik sebab barula nampak like the twin is starring the movie as they should be. My kids pun happy and sing along but again that was too late and near to the end. Les Copaque shud understand that kids can't wait that long with same level of concentration as we the adults.

Nothing bad about the production quality. The animation or real part were all in good quality. Puteri Balqish as usual was brilliant tho a little bit over acting. Awie and Bo helped to safe this movie from making the adults fall asleep. Mak chom is nice to have and another Erma Fatima lame effort to instill her Mok Cunnnes. Noreen and the other guy were doing fine as their characters needed them to be.

Overall. Please go and support local filem but lower down your expectation.

Look forward for Upin Ipin The Movie. Thats seem like a better movie if one to use the famos name of Upin and Ipin.

Thank you!

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...