Assalammualaikum semua
Imaginasi...novel thriller terbaru nukilan novelis suspen no 1 Malaysia, Ramli Awang Murshid.
Plot utama berkisar tentang kehidupan seorang balu bernama Suhaila yang mendiami rumah agam jauh terperuk di kawasan pendalaman ladang sawit warisan arwah ayahnya, Alang Kassim. Dibantu seorang Mandur yang sangat setia, Suhaila dipercayai oleh orang kampung mempunyai saka singa peninggalan Alang Kassim.
Sebagaimana novel RAM yang lazim. Jalan cerita dari satu babak ke babak yang lain sering bertukar tumpuan terhadap watak watak dokongan yang lain. Antara watak tersebut adalah watak Hafiz. Seorang anak muda yang berkelana di kota London. Dalam perantauan, Hafiz berkenalan dengan seorang gadis warga Indonesia yang bernama Citra Widya. Mereka mengharungi cabaran kecil lantaran status Citra yang merupakan seorang gadis perlarian dan kerap diburu oleh orang-orang Pak Karno. Siapa Pak Karno? Dan mengapa Citra diburu? Saya simpan rahsia ini untuk anda selongkari sendiri.
Berbalik pada Suhaila di ladang sawitnya. Beberapa watak lain adalah Abam dan Juita. Turut serta seorang bekas banduan bernama Kamil yang menjadi pembantu kepada Mandur.
Abam bersifat lembam, dia pengembala lembu milik ayah Juita. Diam-diam Abam menaruh hati terhadap Juita lantas melahirkan hasratnya untuk memperisterikan Juita. Sudikah Juita menerima lelaki lembam seperti Abam? Apakah kesudaham watak Abam, benarkah dia lembam atau sekadar....
Watak-watak ini semua akhirnya bersatu dan ditemukan atas pelbagai dasar dan asbab. Hafiz menpunyai pertalian darah dengan Suhaila. Mereka nekad membantu Suhaila 'mengusir' saka miliknya setelah diberitahu oleh Suhaila rahsia sebenar tentang 'saka' berkenaan.
Bagaimana misi ini dilaksanakan? Mungkinkah ada korban dalam percintaan? Atau Happy Ending menjadi suatu pengakhiran?
Dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan