Isnin, Februari 04, 2019

5 Tanda Besar Anda Sudah Tua!

Assalammualaikum

Alhamdulillah semalam genap 36 tahun aku bernafas. Semoga terus diberi kesempatan untuk hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya, amin.

Terlanjur, kali ini aku nak kongsi 5 tanda pada diri sendiri yang menandakan tubuh mahupun jiwa anda sudah tua hahaha

1. Tidur awal
Berbanding usia remaja dimana kita suka stay up untuk main game, study, lepak mamak, buat tugasan etc. Menginjak usia 30 an badan tidak lagi sesegar dulu. Menjengah jam 10 malam je nescaya mata rasa berat mencari bantal. Minum la apa jenis kopi pun aku tetap perlu tidur dengan cukup.

2. Malas berbalah
Masa muda aku memang seorang yg very opinionated dan teguh mempertahankan pendapat aku. As i grow mature aku dah sedar that sometime is not about winning the argument, what matter most is to state my view and if the others oppose it, does not matter because i have stated mine. Kecuali hal libatkan nyawa misalnya, tiada faedah nak berbalah. Malas nak serabut...i want peace...world peace gitu

3. Tak layan program hiburan 
The moment kau dah muak tengok AJL, it is a clear sign yang kau dah tua hehe. Aku tak ingat dah bila last tengok AJL live di TV macam zaman student dulu, gigih cari tv merata tempat. Part of rancangan tu memang dah hampeh dengan bbnu yang tiada talent, aku rasa malas dah nak stress dengan result AJL yang jarang aku setujui.

4. Kurang shopping bende mengarut
Masa memula kerja aku jenis yang beli je apa yang aku rasa suka then later baru fikir nak pakai masa bila or nak buat apa benda ni. Now aku tak macam tu lagi, kadang-kadang spend few hours dalam mall pun tak beli sehelai sebab tiada yang berkenan dimata. Still aku menyoping guna mata then baru hati serta poket haha. If mata tak suka tangan aku takkan gatal nak pegang benda tu...hati pulak terus meluat dan kakiku lalu berlalu pergi, cewah.

5. Suka layan memori
Perasan tak makin kau berusia makin kuat ingatan kita ada masa lampau? Macam aku cuma layan radio Sinar dan Lite sebab aku membesar dengan lagu zaman 90 an. Kita sibuk cari kawan lama, korek gambar lama etc

Begitulah pada aku. Cukuplah 5. Surely hal hal rohani pun ada tapi itu tak perlu canang la...diri masing-masing.

Mati itu pasti, bai.

I am blessed. Its okay to grow old with her by my side.

Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...