Ahad, Julai 31, 2011

Protokol Majlis - Susunan Keutamaan




Malam ni rasa rajin pula nak membaca, selama ni memang banyak handle majlis rasmi mahupun tidak rasmi, tapi agak kurang mahir hal ehwal susunan keutamaan. Meski ramai yang bertanya dan merujuk pada saya. Maka malam ni saya kongsi sedikit hasil pembacaan saya untuk maklumat semua.

Susunan Keutamaan

- Senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam
- Susunan Keutamaan Persekutuan masa kini ~ Warta Kerajaan P.U. (B) –22 Januari 1998
 Menyusun tempat duduk
 Menyusun atur cara majlis
 Tertib ketibaan tetamu kenamaan
 Tertib kepulangan tetamu
 Penyampaian ucapan
 Pengacaraan majlis
 Susunan bendera

- Asas Menentukan Susunan Keutamaan
 Pegawai Kerajaan
 Jenis jawatan yang disandang
 Gred jawatan
 Anugerah kebesaran
 Bukan Pegawai Kerajaan
 Anugerah kebesaran
 Kedudukan dalam masyarakat

-Panggilan sewajarnya terhadap tetamu kehormat dan dif
 Perdana Menteri
 Timbalan Perdana Menteri
 Ketua Menteri
 Menteri Besar
Yang Amat Berhormat

 Menteri
 Timbalan Menteri
 Ahli Dewan Rakyat
 Ahli Dewan Negara
 Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang Berhormat

 Pengerusi Majlis
 Ketua Jabatan
 Ketua Bahagian
Yang Berusaha
Yang Berbahagia
Yang Mulia

- Susunan Tempat Duduk Bilangan Ganjil
 Bilangan terhad kepada bilangan yang kecil ~ 3, 5, 7 dan 9
 Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau kekananan
 Pengukuran kekananan dikira dari tengah-tengah

- Susunan Tempat Duduk Bilangan Genap
 Bilangan yang ideal ~ 6, 10, 14, 16
 Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau kekanan
 Pengukuran kekananan di kira secara dibahagi dua

selamat beprotokol !

Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...