Ahad, Julai 31, 2011

Ramadhan - Hebahan Aktiviti di EPEMSB




Wahai orang-orang beriman, telah ditentukan (diwajibkan) ke atas kamu berpuasa sepertimana telah ditentukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu mencapai (nilai) taqwa,(ayat 183 surah al-Baqarrah.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu sekali lagi dgn Ramadhan tahun ini, erk rasa mcm ustaz plak...

so dikesempatan ini sy mendoakan diri saya sendiri dan anda semua agar terpilih menjadi insan2 bertuah merebut segala kerahmatan yang Allah janjikan...amin.

Ramadhan thn ini bermula seperti biasa, dgn sambutan Ihya Ramadhan di syarikat. Sayangnya thn ini tak berpeluang ikuti program tersebut kerana ada meeting bulanan dgn para kontraktor, meskipun begitu sy masih menimbulkan kekalutan bilamana Ustad tlh memanggil nama sy utk mengiringi En Wan ke pentas..hihi, maaf ustad lupa bgtau sy ada meeting.

Lepastu, kalut dgn kurma pula...sehingga hari ini, kurma utk semua kakitangan maseh blom dpt diedarkan. Maaflah semua, puncanya sy sendiri yg lemah dlm perancangan, tiada sebarang alasan. Insha allah jika dizini Tuhan, esok kurma bakal menjengah meja2 kalian...harap bersabar ek.



Selepas ini, surau Al Hidayah bakal diimarahkan pula dgn aktiviti tadarus, kumpulan telahpun ditampal kat Surau tadi, mulai esok sesiapa yg berkelapangan jemputla bertadarus...cuma tahun ini mungkin tak buat aktiviti khatam beramai-ramai kerana kesuntukan masa...

Suntuk sebab majlis Iftar dijadual pada 14hb August, kalo sempat habis 30 juzuk by then so boleh la buat...tp x sempat rasanya hehe. Jangan lupa dtg bersama keluarga ke Rumbia Resort, pasti semua dah dpt emel jemputan hok...harap dpt meriahkan majlis tersebut dan maaf awal2 atas segala kekurangan.

Wow padat nye xtvt Ramadhan, esok juga saya akan start advertise nama dan gambar anak2 yatim serta miskin yg perlukan sumbangan anda untuk shopping persiapan raya!! aktiviti yg paling sy gemar saban tahun...cuma thn ini pun lewat skek atas kepincangan sy sendiri :( Apepun harap anda semua sudi menaja adik2 ini seperti thn2 sebelumnya. Hanya Allah sajela yg mampu membalas jasa baik kalian.....

Cakap pasal derma, jgn lupa juga untuk mengisi tabung BAKIP Bersamamu ye, target tahun ini RM 20 K je...ala bonus lebat eeee. Insha allah majlis penyerahan sumbangan Bersamamu akan berlangsung pada 25 August...jadi pd anda yg ingin mencalonkan mana2 penerima, silala emel saya atau Ustad ek...kita memerlukan ramai penerima yg layak.

Tahun ini juga, kita akan edar Kurma ke Madrasah dan Masjid berhampiran, jadi jika anda ada mana2 cadangan, silal kemukakn kepada saya ye....kita ada cukup kurma utk diedarkan insha allah....

Okay, rasanya cukup sini hebahan Ramadhan kali ni, nak tidor awal sebab takut terlajak sahur...meskipun syaitan is leaving us tp iman sy ni blom cukup ampuh utk beramal tanpa lelah...niscaya baikla sy mengurangkan aktiviti berbloging ini tanpa tujuan yg jelas...



akhir kalam, sekali lagi...Ramadhan Kareem buat semua!

jangan lupa Niat puasa ek....kalau lupa saya ingatkan hehe

wassalam

Catat Ulasan