Sabtu, Februari 06, 2016

Happy Chinese New Year

Gong Xi Fa Cai!

Membesar dalam komuniti yang muhibbah di Tg Karang exposed me to CNY ever since my childhood as young as i could remember lah.

Masa umur 7 or 8 tahun. Mak kerja restaurant mamak di sg buloh selangor. Duduk hostel dalam restaurant tu. Bila CNY kan sek cuti so aku akan ikut mak tidur hostel. Meriah sangat dgn perayaan CNY ni kat bandar. Sehari suntuk tu aku merayau je macam anak gelandangan haha. Aku ikut je mana naga or singa tu pergi buat show. Best sgt aku rasa masa tu as a kid dapat tengok singa menari sambil diiringi muzik dong dong ceng!

Then aku sama-sama anak2 peniaga tiong hua sekitar tu kutip angpau, limau mandarin, air kotak, candy etc haha. Malam2 kami main mercun ramai2. Walaupun aku kadang2 tak faham apa mereka cakap....yg kecik pd aku speaks in kantonis tapi aku layan je haha. Yg dh sekolah pandai la cakap melayu. Ada sekali tu berebut mercun tapi ayah budak tu marah anak dia instead sebab tak kasi aku main hihi....

Life was so great n simple tht time. No one asked me about my race to be eligible for all those happiness. Uncle2 tu semua super sensitif, mereka tahu i am muslim so takde makanan rumah dihidang....semua packed food dr kedai. Now je kita tetiba jadi paranoid semacam.

Bila dah besar sikit duduk taman perumahan. Jiran kiri kanan bangsa tiong hua. Jadi lebih meriahla CNY....limau and air kotak takyah kirala. Kekacang and paket merah semua jiran2 hantar je ke rumah sebab dia tahu kita takut nak pergi rumah dia....sy takut anjing hoho.

But still rumah kawan2 sekolah kami pergi juga la. Habis 1 bagan tu kami ronda....rumah nelayan atas air. Biasa2 je kawan2 tu...bukan semua org tiong hua kaya raya, i know ramai yg hidup sederhana dan susah macam org melayu too and worse is mereka tak dibantu....mereka had to fight independently. Thts y sumtime mereka jadi a bit kiasu but i can understand tht why. Cuma yang kaya raya tu kalau boleh jgn la racist sgt....layan kasar org melayu just because u tak puas hati pada dasar kerajaan....ramai juga org melayu susah and tak bersalah. I remember sorang towkei ni layan my mom so badly.

My mom kerja kedai dia saleswomen jual pakaian. Tp bila time takde customer dia suruh my mom naek atas and kemas rumah dia....cuci baju and toilet etc. I knew sebab every time i visited my mom mesti dia tengah kat atas kemas rumah...turun bawak baldi and mop. Kalau suruh cuci kedai je boleh terima la. Then gaji 300 je pun sebulan. Bila time gaji dia bagi rm 200 je cash. 100 lg paksa mak amek pakaian je....so tiap2 bulan dpt baju baru huhu.

Having said that bukan semua org tiong hua macam tu. Thts just her. I dun blame her race for that. Ada kawan mak ni towkey kedai kerinting rambut...sgt baek dan selalu datang rumah melawat mak n nenek up to today. 

Personally saya takde kawan super rapat bangsa tiong hua. Sebab kat sek tak berapa gemar bekawan even dgn kawan melayu pun. Baek tp habis kat sekolah je la. But sumhow my best buddy in class was a tiong hua boy. Kami sekepala kot so x pernah ada problem. Layan je each other punya perangai.

Masuk kampus pun aku boleh geng je dgn tiong hua frens in fact terlebih close haha. Outing pun dgn amoi fu chow dr sarawak. Tugasan pun biasanya dgn mereka sebab kami faham kelebihan masing2 and saling mempergunakan haha. Aku suka group dgn non malay sebab mereka super efektif, xde isu tugasan last minit or tak siap. Mereka suka having me in team sebab aku digelar king of bentang in my class so kalau to score time presentation....bagi je aku present haha. Win2 kan?

To me la ada segelintir kawan melayu tal suka geng dgn kawan tiong hua sebab konon mereka manupulatif. I said whts wrong? Surela dia nak kawan kita if kita have sumting to offer....lumrah. So kita work hard la, be competetive...surely mereka akn cari kita. Kita pun jadila manupulatif in a good way....saling manfaatkan kelebihan masing2 even amongst our own race pun. Kalau asyik nk carry biawak hidup je...siapa sanggup kawan? Sekali sekala boleh la tapi kalau tuan badan pemalas...bg task x buat, bila tugasan siap ada nama and dpt markah hmmm itu aku pun menyampah.

In fact for my final yr project...time sem 2 lagi my fren gan hu seng and ng ye wen dah cop myself. Aku suka la sebab ah seng tu calon 1st class and he did eventually grade as 1st class....congratz! Aku? Dapat gak tempias haha...

Tetiba cerita CNY turns up jadi isu inter racial relationship kan. Bukan apa, sedih tengok isu2 mutakhir. Macam dah tak boleh hidup bersama....semua bende jadi isu. Org politik happy bila kita bergaduh n feel unsecure so that kita selamanya will vote for them atas rasa nk selamatkan bangsa konon hahahahahahah

Bai

Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...