Malam tadi aku berkesempatan bawa Hana dan Hadi pergi menonton filem animasi kegemaran mereka.
8.8.2019 is hari pertama filem ni ditayangkan. So kami kira among the earliest viewers la.
Malaysian semua familiar dengan cerita Boboiboy kan? So tahula naratif umumnya masih berkisar tentang spera kuasa atau kalau dragon ball tu mutiara naga.
For movie 2 nih punya version mereka upgrade lagila watak evil nya yang super powerful. Bernama Reta'ka, this villian is a good copy Raja Syaitan Pikor. Reta'ka hidup 100 tahun lalu tetapi dibekukan oleh sahabat baiknye sendiri akibat ketamakan Reta'ka terhadap kuasa elemental dan menjadikan dia hilang sifat baik.
Dia twist sikit sebab Pikor pun dikurung dalam periuk kera oleh datuk kame for the same reason hinggalah Raja Pilaf gatal tangan pergi buka dan bebaskan Pikor kan. Reta'ka pula dibebaskan secara tak sengaja oleh sekumpulan pencari kristal yang ala ala Pilaf la...siapa baja dragon ball mesti faham haha
Oleh kerana boboiboy ada 7 kuasa elemental so mestilah si Reta'ka ni nak cari dia, maka disinilah bermulanya konflik antara mereka.
First time lawan macam masa Goku jumpa Pikor la..teruk kena belasah, habis kuasa elemental boboiboy dirampas cuma tinggal 3 je. Sama macam Pikor yang nak mutiara naga untuk hidup kekal dan muda, Reta'ka perlukan kesemua kuasa elemental untuk jadi sempurna. Nasib baik boboiboy sempat dilarikan ke sebuah planet yang jauh dan berguru dengan Tok Saka.
Tok Saka la the best friend of Reta'ka yang kurung dia 100 years ago. Tok saka ni watak berpesonaliti sama macam datuk kame, jenis orang tua perangai budak-budak cuma tak miang je. Watak ni juga ilham daripada kembar si pikor tu actually yang masa goku pergi jumpa berguru untuk upgrade kuasa nak lawan Pikor jahat.
Cara latihan pun agak sama dengan latiham goku cuma dia ubah kejar monyet jadi kejar pokok etc
Eventually mereka lawan lagi dan boboiboy menang...
All in all filem ni tetap menarik walaupun lakon layar nye kurang asli. Bukan meniru ye cuma terlalu dipengaruhi oleh dragon ball.
Aspek kualiti pada aku okla dengan bajet yang mereka ada. So jom support local animation agar mereka will have more money to produce disney's level animation.
This movie still Terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan