Jumaat, Mac 08, 2013

A day to remember...

assalamualaikum semua...

4th Mac 2013.....a day to remember !

Jam 1 pagi : Wifey started ada masalah dgn pundi kencing, kekerapan membuang air kecil lebih daripada normal. Still aku masih boleh tidur lagi sebab i tot itu cuma gejala2 kecil untuk bersalin, maklumlah EDD wifey is on 8th Mac 2013.

Jam 2.30 pagi : Wifey masuk bilik air in every minute.....aku dah start tak boleh tido. Capai bb and google tanda2 besar untuk bersalin....nampaknya semua tanda2 tu dah ada pd wifey. Contraction dah bermula, nampak wifey sakit sangat2 tapi sekejap-sekejap and berselang agak lama...

Jam 3.00 pagi : Contraction went on and on....frequency bertambah and kesakitan makin memuncak. Tapi aku dalam mamai2 boleh kata " esok pagi kita pergi hospital ye" wei....nangis wifey dowh ! dia dh sakit sgt rupanya. Maka kami pun packing2 hand carry items and decided nk pergi hospital subuh2 tu gak. Lepas keluar rumah tu kami cuba gak cari klinik area kerteh untuk pemeriksaan, yelah kang pergi hospital jauh2...doktor suruh balik, malu je huhu. Tapi Kerteh as usual....nothing works beyond 10!

Jam 4.30 pagi : Kami selamat sampai ke Kuantan Medical Hospital. Time check in tu, nurse kata kena tunggu jap sebab labor room penuh.....ramainya org bersalin subuh tu. 20 minutes after, barulah kami masuk labor room untuk ujian CGC, midwife and nurse je time tu....mereka check "jalan" dah buka 4cm, patutla sakit ya Rabbi! so kami pun duduk jela dlm bilik tu tunggu doktor.....

Sejam gak menunggu, bila doktor Su datang (dengan penuh anggun macam biasa) dia happy je....sakit ye? bagus lah tu....tanda dah dekat ni.....dia pun check jalan and lepas tu keluar sambil suruh wifey rehat je, jangan byk berjalan......suspen kot duduk dalam bilik tu sebab kat sebelah ada seorang wanita sedang bersalin, boleh dengar dgn jelas dia meneran.....lama gak dia meneran, last2 baby dia keluar gak dgn jayanya...good for her !

Aku yg ala2 blur ni tak tahu nk wat pe utk bantu wifey so aku turun beli makanan, niatnya nk bagi wifey tenaga untuk meneran time deliver nanti, aku belila pisang, energy bar, Milo drink and roti....bagi wifey makan sikit. Tak tau pulak hal tu menyebabkan wifey termuntah! maybe muntah sebab tahan sakit gak tapi nurse kata awak bagi makan ke? Pisang?? eleh tadi aku dh tanya dah boleh ke tak.....nurse sorang tu kata boleh...mana tau.

Oleh tu kami kena tukar ke labor room lain pulak time 6.30 pagi. Masa tu my in law pun dah sampai hospital. Tp jalan baru bukak 5cm, midwife kata kena tunggu 10 cm.....

aku tak kisah menunggu tapi tak sanggup tengok wifey yg mengerang kesakitan tu je.....midwife plak punyala psiko. slumber cakap memang lah sakit tp belum lagi ni, kalo dh dekat nanti awak langsung tak boleh bercakap...sakit sangat sampai tak taula saya nk cerita....thank you for the support :)

wifey and saya baca2 la apa yang kami diajarkan sebelum tu oleh kawan2 and buku2.......masatu serius aku rasa hopeless sangat.....useless pun ye....thinking that, you r around, you see ur wife in paint before ur eyes but there is nothing physically u can do to help. Puas dah aku urut mana yang boleh tp langsung tak membantu pada aku......lama beb dalam tu. Jam 1130 pagi  baru buka 7cm.....adoii lama lagi tunggu 10 cm. Selain sakit, wifey masih lagi muntah2.....5 kali in total kalo tak silap kira.

Jam 1145 finally midwife kata dh buka 10cm....dah time nk bersalin dah so wifey pun kena start teran tapi doktor Su belum muncul sebab dia ada kat operation theater. Midwife suruh wifey cuba2 dulu meneran before doktor datang.....

bila doktor sampai, dia pun buatla apa yg patut......maklum je anak sulong so wifey tak berapa pandai nk teran even kami dah belaja melalui pembacaan tp bila dah sakit tu mana dia nk ingat. Susah giler nk teran ni actually, teknik kena betul kalau tak semua usaha jadi sia2. Doktor bikin aku cuak bila dia kata, baby dah sampai muka pintu ni, kalo awak tak tolak nanti dia lemas....time tu wifey mcm dh putus asa nk teran, dah takde tenaga pun dia sebab last makan berat is 16jam sebelum tu.

At last after 45 minit meneran, barulah nampak kepala baby keluar....masatu rasa lega ya amat. Bila kepala dan bahu keluar....doktor dh boleh tarik badan baby so selamat lah zuriat sulong kami, Alhamdulillah. Disebalik kesakitan dan kepayahan, wifey berjaya melahirkan anak kami secara normal tanpa vacuum mahupun forceps.

Cerita lepas tu semuan yang happy2 je.....sebab baby dah keluar, sambung lain kali pulak :)

Inilah Hana Zulaikha yang ambil masa 7 jam untuk dilahirkan...



Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...