Assalammualaikum
Alhamdulillah last December 2014 aku and wife berpeluang untuk menunaikan ibadah Umrah untuk pertama kali dalam hidup kami. Tho dah ada banyak panduan dan perkongsian tentang umrah, aku still rasa nak share my own sebab aku rasa my own could help those ordinary guy like me….
Kami daftar umrah dalam bulan October with Raihar. Agency ada banyak so pilihla mana2 yang dirasakan baik. Utk aku, pilih Raihar sebab ianya establish mainly in area Pantai Timur ni. Nowadays acap kita dengar pasal pakej umrah yang meragukan rite? So be mindful bila pilih agen.
Dari segi kursus, ada 3 siri disediakan but aku cuma sempat joint latest two of it je, but zaman ni ada banyak sumber like u tube utk self learning. Baca buku panduan, tanya ust2 dan rakan2 yg pernah pergi utk dapatkan nasihat dan pandu arah la supaya urusan kita berjalan sebaik mungkin.
Dari segi kelengkapan, semua agensi akan beri kita bagasi. Kaih ihram depends, ada bagi ada tak…like Raihar aku kena beli sendiri. Aku beli sepasang je manakala sepasang lagi pinjam dari kawan. Time tu musim sejuk so aku bawa la pakaian musim sejuk. Losyen pun wajib, tak payah poyo2 la rasa lelaki tak macho pakai losyen. Bawa sekali vaselin jelly, baik untuk bibir dan tumit kaki yang insyaallah akan merekah dek cuaca.
Duit tunai depends la atas keperluan masing-masing. Macam aku memang tak bawa banyak sebab bajet cukup2 je untuk tiket dan hotel. Aku memang pergi ala2 nekad….duit kumpul asyik guna ke lain je so kalini taknak kumpul duit dah, register je and hoping that duit akan cukup. Mujur lah cara pembayaran nye bukan sekali gus. Mula2 bayar utk daftar je, after that baru bayar utk hotel dan tambang, last sekali baru bayar habeskan baki so bolehla guna duit gaji bulanan utk tampung bajet diperlukan.
Aku ambil pun pakej ekonomi je, aku duduk bilik ber4 and wife duduk bilik ber2. Yup kami duduk asing atas alasan yang kami berdua sama-sama naif and jahil so hoping that akan dapat roommate yang boleh bagi tunjuk ajar masa di sana nanti. Fikir kami masih muda so kami ambik hotel yang located paling jauh out of hotel2 yang ditawarkan Raihar. Kami memang tak plan nk shopping melainkan sedikit ole2 utk family so cash yg sikit untuk belanja adalah memadai memandangkan urusan lain semuanya telah dibayar melalui agensi termasuk makan dan minum.
Flight kami turun di Jeddah, cheaper than direct to Mekah. Kami naik bus dari Jeddah ke Madinah Al Munawarah selama 6 jam. Dalam bus ada disediakan makanan tapi bus still stop untuk solat subuh di RNR….pls jgn imagine our RNR kat sini ye….totally lain but ya lain padang lainla belalang nye kan.
Personally aku sangat happy bila sampai Madinah. Happy yang tak dapat nak zahir dengan kata-kata. Bandar ni walaupun sibuk and tak pernah tidur tapi kita rasa damai….mungkin sebab jasad baginda Nabi s.a.w ada di sana. Hotel kami letaknya agak dekat dengan Masjid Nabawi, boleh nampak dan ulang alik less than 5 minits.
Pada aku untuk orang yang malas buat ibadah sunat masa di Malaysia macam akuni, pergi Madinah dulu adalah lebih baik. Kat Madinah dah takde alasan nak kata busy dgn kids and works, semua masa duduk masjid je so boleh la nak up sikit ibadah sebelum menuju ke Mekah bagi menunaikan umrah….atleast bersih la sikit.
Masjid Nabawi memang sentiasa diimarahkan dgn pelbagai aktiviti selain solat. Ambik peluang la untuk bertalaki dgn syiekh2 di sana secara free je….para2 hufaz yang ajar kita baca Quran and perbaiki bacaan Al Fatihah kita…mana nak cari wei.
Sunat juga menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w, perkuburan Baqi’, jabal Uhud dan pergila solat di Masjid Quba untuk rebut ganjaran pahala umrah. Semua tempat tu agensi akan bawa kita termasuk la ke ladang kurma….maybe a bit misleading where kita actually tak masuk dalam ladang but pegi kedai jual kurma yg located adjacent to ladang. Lain agensi aku tak pasti.
Pada those yang tak bawa or lupa nk bawa kelengkapan umrah, no worry as Madinah has it all. Harga aku tak pasti mana lagi murah sebab aku tak survey as I’ve bought it in Malaysia. Untuk shopping Madinah ada macam2 pilihan barangan. Harga bukanla murah tapi tak juga mahal as our currency value is about the same je so you don’t really feel the advantage la like shopping in Indonesia, Vietnam etc.
Bahasa Melayu diguna secara meluas so jangan risau kalau tak pandai bahasa arab or English. Cuma kena hati-hati dengan sesetengah peniaga yg jenis pushy, kita baru tanya je dia dh grab and bungkus suruh bayar.
Raudhah! Semua orang mesti nak pergi sana kan bila masuk Masjid Nabawi. Yup tempat tu bukan sunat untuk dikunjungi cuma ianya 1 daripada tempat yang mustajab untuk berdoa insyaallah. Untuk lelaki, waktu ke Raudhah is about anytime so carila waktu terbaik supaya tak terlalu sesak dan berebut. Pengalaman aku dtg jam 10 pagi onwards amat mudah nak masuk. Waktu near to solat fardhu and after it is waktu puncak. Untuk wanita ada allocated time so persaingan lebih sengit, my wife cerita memang berlaku insiden tolak menolak dan pijak memijak. Anyhow berdoa la di mana sahaja kita berada.
Bertolak Ke Mekah…
Kami semua digalakkan berpakaian ihram dari hotel di Madinah usai mandi sunat ihram. Solat sunat ihram kami buat di Miqat before berniat. Lepas niat di Miqat kami bertolak ke Mekah dgn menaiki bus selama 5 jam perjalanan. Since masatu dah dalam ihram so kena hati2la dgn perkara2 yang dilarang semasa ihram.
Sampi Mekah Al Mukarramah dalam jam 12 malam….ustaz bagi kami rehat jap dan dalam 1 pagi kami semua terus dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah. Untuk 1st timer macam aku memang that was a bit rush and blurring. Tempat baru and orang ramai, mamai sebab itu waktu tidur so macam kena pukau….ikut je kemana mutawwif bawa dan just buat je apa yang dia buat. Time Nampak Masjidil Haram tu rasa jugakla amaze nye tapi tak berani nak lebih2 sebab takut tertinggal dek mutawwif….kalo lost tak tahu nk kemana sebab 1st time. Time ni Masjidil Haram is heavily undergoing construction so laluan banyak berubah….
Alhamdulillah…dalam cuak tu aku masih compose and berpeluang melihat Baitullah secara live untuk pertama kalinya. Again tak berani gak nak tgk lama2 sebab ramai orang and takut ditinggal mutawwif. Masa tawaf pun tak berani pandang kaabah sebab takut terpaling over and batal pulak tawaf. Haiii memang agak jahil akuni.
Lepas solat sunat tawaf kami terus menuju ke tempat sai’e. Perjalanan ulang alik dari Bukit safa ke Bukit Marwah tu nampak macam senang tapi bila dah buat baru tahu cabarannya. Itupun dalam situasi yang jauh sangat selesa berbanding zaman Siti Hajar dahulu. About 3 pagi baru selesai dan aku bertahallul…ada Jemaah yg stay terus je sampai subuh tapi aku balik bilik sebab letih dan perlukan sedikit tidur.
Btw, waktu solat both in Mecca and Madina adalah cepat dan dekat2 especially asar till isya’ tu. So normally ramai Jemaah termasuk aku akan stay kat masjid je lepas asar sampai isya’. Lepas zuhur terpaksa balek hotel sebab nak lunch. Isya’ setel by 8 malam so lepas tu baru dinner and tido awal.
Cabaran shopping di Mekah pada aku adalah lebih dasyat sebab Masjidil Haram dikelilingi oleh mega mall as oppose to Masjid Nabawi yg agak humble mall2 nye. Silap haribulan memang kita spend most of our time in mall rather than mosque.
Harga barang pun aku survey untuk cenderamata adalah lebih murah di Mekah tho ramai yang claim otherwise. Makan sama je, both mahal….seriously harga makanan mahal. Tapi harga ice cream and juice buah murah pulak, sedap giler plak tu.
Normally agensi akan bawa kita untuk buat umrah sebanyak 3 kali lagi on top of umrah wajib yang kita buat memula sampai Mekah. Kalau rajin bolehla naik teksi ke mana2 Miqat untuk buat umrah sunat tambahan incase nk cukupkan 6 bagi kejar pahala haji.
Agensi bawa juga kita tour sekitar Mekah, melawat Jabbal Rahmah….etc
Surely ramai yang pesan kita untuk jaga mulut dan tingkah laku, jangan terkesima bila tengok bermacam ragam dan amalan sahabat2 kita yang datang dari segenap pelosok dunia. Just raikan sebab kita pun tak tahu betul salahnye but jangan ikut mereka bilamana ianya tidak pernah diajarkan oleh Ustaz kita kepada kita.
Datang awal ke Masjid kalau taknak solat kat luar atas lantai tanpa sejadah…..air zam-zam ada merata dalam masjid, minum sepuas-puasnya. Menderma dan wakaf Al Quran sangat meluas di sana so u pick what best for u.
Ringkasnya, jangan takut dan fikir bukan2 untuk ke Mekah. Memang kita banyak dosa tapi takkan sebab takut kena balasan maka kita taknak ke sana kan?? Ditakdirkan kita dapat balasan pun anggapla itu satu rahmat, mudah-mudahan di akhirat nanti tiada lagi balasan terhadap kita sebab dah terima kat dunia ni.
Aku akan terus berdoa agar dapat pergi lagi ke sana dan semoga korang pun akan berpeluang ke sana insyaallah….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan