Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa...tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira...lalalala
Alhamdulillah raya 2016 berlangsung dengan gembira, selamat dan penuh sillaturrahim.
Tahun ni turn beraya di Tg Karang. Kami sekeluarga pulang awal 3 hari untuk berpuasa dan tolong mak buat persiapan raya. Drama sikit bila otw sampai Gambang aku sedar bahawa sticker road tax dah tiada! Berdebar weh. Time nak raya banyak operasi and kami still have more than 200km to go...but eventually kami selamat la sampai tanpa di saman.
Di Tg Karang kami duduk rumah je menanti kunjungan saudara mara. Nenek kurang sihat so tak boleh kemana-mana. Ramai saudara mara datang untuk melawat nenek sekaligus berhari raya.
Lepas margrib raya ke 2 kami bertolak balik ke Kemaman pula. Rumah in law. Seperti biasa kami meronda kawasan Kijal hingga Kuala Terengganu melawat saudara mara mertua.
Seperti biasa juga tahun ini kami ke kampung ayah di Rompin. Video di atas taken sewaktu di Rompin. Anak-anak jakun dapat kejar ayam haha
Yang menarik this year is kami sekeluarga memberanikan diri pergi beraya ke rumah jiran sebelah menyebelah. Aku fikir that kita beraya jauh beribu km tapi jiran pun kita tak visit unless ada undangan open house. Well if aku keep waiting mereka datang rumah aku baru aku nak ke rumah mereka pula, rasanya itu buang masa. Siapa mula dulu tak penting.
Tho kami datang tanpa undangan khas namun obviously mereka happy je menerima kehadiran kami. Sillaturrahim yg lebih tererat di luar sempadan wassap semata.
Begitulah cerita raya 2016 kami. Still many open house to go...rayakan sebulan!
Semoga dipanjangkan usia dan kesihatan tubuh badan untuk bertemu Ramadan yang mendatang....
Taqaballahu minna waminkum.
Raya day 1 di Tg Karang. Awal pg raya sebelum diserbu. |
Pantai Kijal. Rumah adik nenek mertua. |
Yang menarik this year is kami sekeluarga memberanikan diri pergi beraya ke rumah jiran sebelah menyebelah. Aku fikir that kita beraya jauh beribu km tapi jiran pun kita tak visit unless ada undangan open house. Well if aku keep waiting mereka datang rumah aku baru aku nak ke rumah mereka pula, rasanya itu buang masa. Siapa mula dulu tak penting.
Tho kami datang tanpa undangan khas namun obviously mereka happy je menerima kehadiran kami. Sillaturrahim yg lebih tererat di luar sempadan wassap semata.
Begitulah cerita raya 2016 kami. Still many open house to go...rayakan sebulan!
Semoga dipanjangkan usia dan kesihatan tubuh badan untuk bertemu Ramadan yang mendatang....
Taqaballahu minna waminkum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan