Isnin, Mac 09, 2009

Sweet Escape



Alhamdulillah! Itu aje ungkapan yang mampu aku lafazkan untuk menunjukkan rasa bersyukur yang amat sangat lantaran kemalangan yang melanda aku tempohhari.

Kemalangan?? Mungkin ada yang dah tau & tak kurang juga ramai lagi yang belum tahu bahawa minggu lepas pada 4 Mac 2009 aku telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya tahap ngeri yang layak diklasifikasikan sebagai 18 SG.

Semuanya berlaku sewaktu perjalanan pulang ke kampong. Di dalam keterujaan melampau, rasa penat yang tak terbendung ekoran memandu 5 jam tanpa henti dari Kertih awal pagi tersebut, aku hilang kawalan ketika memandu di kawasan bersimpang siur & agak berbukit sejurus sebelum Kuil Hindu atas bukit nak masuk simpang ke Batu Arang ( orang Kuala Selangor should know la this location).

Aku mengaku la…waktu tu aku agak laju daripada had yg ditetapkan. Sebabnya lokasi tu cuma kurang lebih 40 minit nak sampai Tesco Kuala Selangor (my final destination of d day) so aku tekan minyak sebab nak cepat sampai supaya boleh rehat2 n tidur. Ntah macam mana, dengan takdir Tuhan kereta aku terbabas lalu merempuh lereng bukit. Ekoran hentakan berkelajuan tinggi tersebut kereta aku pun flipping tak hingat….as far as I could recall, it was filliping 3 times before landed like a tortoise. 4 wheels were all at top!!

Looking at the car…people will at least do think I am hospitalized. However Alhamdulillah once again that I am surprisingly safe. Masa kejadian, no bleeding, no injury, no dizzy, no trauma….absolutely nothing. Malah sebaik aje kereta aku berhenti berbalik, aku immediately with full conscious buka sit belt…wearing my spec and evacuated calmly trough the driver door which I eventually found that it’s the only door that open able. 

Terus keluar because was worry la kalau kereta meletup what so ever kan. Then when I certain yg its not going to explode, aku went back in looking for my wallet & handphone. Nasib searchable… dah ada handphone barula boleh call my aunti & uncle yg luckily keje around the corner je. Tapi by that time dah ramai lah orang yg berhenti dan menghulurkan bantuan…terima kasih all. Pastinya kaki-kaki tow pun dah sampai tanpa perlu di call…hehe. Apapun brother tow tu baik & sangat membantu, thanks bro! 
Dalam keadaan yang malang tu aku masih rasa gembira & mampu tersenyum melayan setiap pertanyaan daripada rakyat2 Malaysia yang prihatin, antara FAQ ialah…student UNISEL ke? Hmmm adakah student UNISEL selalu kemalangan di situ??? Tapi area tu memang famous ngan accident, sampaikan bila buat repot polis, brother tow tu Cuma perlu mention “tempat biasa” je…polis dah tau kat mana…alangkah alangkah!

Merenung kembali peristiwa ni, serius aku rasa wow! Tuhan boleh ambil nyawa aku bila2 masa aje....selama ni pun aku sedar akan hal tersebut cuma tak terkesan sangat. Tapi peristiwa ni betul2 a wake up call la to tell me that hello why wait if you can do it now??? Don’t delay & don’t hesitate to do good things & stop all the bad things immediately. Teringat Ustaz Hanafi pernah cakap, Tuhan beri ujian pada muslim yang soleh & azab/bala pada muslim yang alpa…maka aku dengan rasa rendah hati percaya bahawa ini adalah satu balasan Tuhan terhadap kelalaian aku selama ini. Ustaz Zawawi ada cahap, hakikat mengakui kelalaian diri juga adalah riak iaitu kita seolah-olah menunjukkan kita baik dgn mengaku kelemahan diri. Justeru sekiranya ada yg rasa aku riak maka aku minta maaf. Aku cuma tulis apa yg aku rasa pasca kejadian…Cuma aku yang tahu betapa banyaknye dosa aku pada Tuhan, justeru ingatan kecil ni hanya nak bagitau aku God is watching….

Wassalam.

2 ulasan:

Lazyf berkata...

Kuat sungguh yer body Savvy!!!
Thumbs up!!!!

rohayu berkata...

ajam.. ini semua dugaanNya... hikmahnya ialah awak akan dapat keta baru.. ahaks...

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...