Khamis, Mac 12, 2009

Mina san..arigato' !

Seminggu telah berlalu semenjak peristiwa kemalangan tempoh hari. Namun sehingga hari ini aku masih dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada rakan-rakan yang prihatin akan kejadian yang menimpa diri ini.

Jujur aku rasa terharu sangat apabila Selasa lalu ketika mula-mula masuk pejabat selepas pulang daripada cuti kecemasan, ramai sungguh rakan-rakan, kakak-kakak, abang-abang, bos-bos & staf-staf yang bertanyakan khabar. Huhuhu rasa diri ini amat disayangi, untuk itu terima kasih semua!

Mujur aku dah tulis cerita penuh tentang kejadian dlam blog ni, maka aku tak perlu nak berceloteh panjang kerana kebanyakan mereka telah membaca sendiri coretan aku di sini. Bagi yang belum baca aku sekadar menjawab sambil menyarankan agar mereka membaca nya...hehehe promosi blog pulak ( dasar budak marketing). 

Malah tak kurang juga yang menyarankan agar aku berkongsi pengalaman ngeri ini dengan semua kakitangan melalui sesi pengucapan awam di Auditorium Bunga Raya. Insyaallah akan aku usahakan sekiranya ada kesempatan kelak. Namun buat masa ini ada baiknya kita semua menyelesaikan PPA masing-masing. Untuk yang belum tahu, PPA dateline adalah pada 24 March 2009. 

Siang tadi aku baru sahaja menyempurnakan PPA untuk staf-staf kesayangan aku di pejabat, 3 orang je...tak ramai. Itupun dah pening kepala, wonder how la bos-bos yang punyai ramai anak buah tu?? I bet mesti tension bila hujung tahun & awal tahun kewangan. Tumpuan terhadap PPA menyebabkan bajet mini RM 60 billion yg diumum Dato’ Seri Najib amat tidak diperkatakan…meskipun aku terasa nak mengulas hal tersebut tapi baiklah layan blog A Kadir Jasin untuk topik-topik yang sepertinya itu. 

Risau jugak mendengar unjuran MIER tadi yang mengatakan ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan sehingga sekurang-kurangnya 2012! Dengan jangkaan pertumbuhan serendah 0.5% sehingga –ve 3.8%. Nampaknya hasrat nak tukar kereta ku yang remuk tu terpaksalah di freeze seketika. 

Okala…celoteh dah cukup panjang ni, to all EPEMSB staff, be ready for incoming Pushing The Limits Forum that will be held on 25th March 2005. Insyaallah more will be disclosed on how we want to face this uncertainty period of time…I’ll b around as the forum moderator (evening session)…dah berangan-angan nak jadi macam Suhaimi Sulaiman dalam Astro Awani sebentar tadi yang berdiskusi tentang kerjasama menyelamatkan ekonomi antara BN & PR. Paling tidak pun nak jadi macam Gan Ai Ling yang cukup betah bila berbicara soal ekonomi….

Wassalam.

Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...