Rabu, Disember 30, 2015

Travel with todlers

Suka bercuti? Tapi nervous nak bawa anak kecik? Haha aku pun!

Aku ada 2 org anak. 1st perempuan umut 2yr+ and 2nd boy 1yr+. Both tengah aktif dan banyak ragam layaknya seorang todler. 

1st time fly ke Kuching masatu adik blom lahir. Kakak je ada so much easier. Dia pun baru 8 bulan masatu, tak lincah sgt and blom pandai jalan. Kami usung stroller naek perahu tambang malam2 dan branikan diri ronda bandar kuching waktu hujan lebat sampai kena sound dgn local sebab baby x pakai sarung kaki haha.

2nd time fly ke Bandung. Kalini dh ada 2. Imagine la kan banyak mana luggage nk bawa. Stroller lagi. Dalam flite adik memang crunky. Dia tak suka dudukkkk je tak boleh bebas. 

Sampai Bandung tak byk ragam sebab depa hepi kot jalan2 but ofcoz time soping mereka rasa bosan and mula buat perangai. Kind of killing the mood gak la.

Later kami fly ke Ho Chi Minh. Kalini lebih bersediala. Bawa siap toy and softbook utk depa main dalam flite. Kurang sikit ragam sebab they were entertained haha. Just that kakak tak sukala kena paksa pakai tali pinggang keselamatan tu.

Time jalan2 even naek sampan mudik sg mekong pun kids hepi je. Tired tu memang la but mereka tak meragam. Cuma again masuk je benh than market tu hadi jd histeria....tak mboh langsung diam. 

Recently ke singapore paling mencabar sebab kami bukan naek flite. Naek bus lompat2 dr jb ke zoo singapore. Turun nael bus at woodland checkpoint utk imigresen sambil dukung anak and stroller. 

Apapun kami lebih bersedia like bawa 1 bag galas je utk simpan susu, diaper and baju. 

Anak2 kami pun jenis simple like susu x perlu air suam....air mineral je. Mandi air biasa je. 

Stroller is wajib la. Mudah utk kita and anak2 gak bila dia letih nak tido. Baby carrier aku tak prefer, beli la mahal mana pun...aku pakai ergo but still sakit badan wei kalo lelama. Anak pun x suka, rimas kot and nak tido payah. 

Air masak n kudapan biar byk. Biskut, roti, keropok sihat etc kena bawa sebab kids cepat lapar and suka minta bila nampak kat kedai or org lain makan. So kalo dh bw takyah la beli especially kalo kat tempat yg currency higher.

Softtoy n softbook kegemaran mereka pun jgn lupa bawa skali.

Basic ubat pun boleh bawa kalo tempat tu payah utk kita dpt bekalan ubat.

Btw bila bw budak ni byk gak advantage. Mcm kat airport dpt lane xpress. Imigresen layan baek and tak byk soal. Naek bus confirm dpt seat. Stroller ada org tlg angkat bila naek tangga etc.

Itu jela kalini....




Jumaat, Disember 25, 2015

Go ASEAN: Singapore under SD 200!

Bajet trip!

Alhamdulillah kami selamat pergi and kembali to/fro temasik.

Date 25th dec. Krimas day. Public holiday. Wht a perfect time to Singapore. Less traffic going into.

Kami mainly plan nk ke zoo je. Beli tiket online utk 2 org SD 55. Dapat diskaun 10% if beli online.

Dr jb sentral jalan sikit ke kompleks icq sultan iskandar. Lepas semua urusan imegresen kami naik bus no 160/170 ke Singapore. Fare cuma rm 1.60 seorang. Simpan tiket ye. Lepas seberang tambak bus will stop at woodlands checkpoint. 

Then kena turun utk imigresen singapore plak. Sorang isi form utk masuk and sorang que utk clearance so cepat sikit sebab que panjang. Ni pun kira pendek la sebab cuti. 

Setel tu turun balek utk naek bus no yg sama. Tak perlu bayar dah just tunjuk tiket tadi je. Dr woodlands checkpoint nak ke zoo xde bus terus. So kami ke kranji station dulu, about 5 stops from woodlans checkpoint.

Sampai kranji station ada 2 options.

1st:Walk to Kranji Station and board the North-South line train towards Jurong East and alight at Choa Chu Kang MRT station, 2 stops later.


Alight from Choa Chu Kang MRT station and walk to Choa Chu Kang bus interchange.

Board bus service 927 and alight at Singapore Zoo bus stop, 17 stops later.

2nd as we did : naek cab je haha... about 20 minit with only SD7. Guna meter so tak kena tipula.

Sampai zoo just tunjuk je tiket online in pdf form tu via phone and go in...xde plak gelang2 tgn bagai. Kami bw 1 stroller je tho anak 2 so kami sewa 1 lg dr zoo at SD 9. Puas ronda zoo rs haus maka kami beli ice splashy SD 7.90. Then before balek kami beli sikit cenderamata SD 10.80

Dari zoo kami hop in shuttle bus to suntec city SD 14 for 2 pax. Sampai suntex city cari surau tapi xde...payah wei. Dr situ kami jalan kaki about 30 minit gak ke Merlion...must visit singapore icon. Jd lama sebab x sure arah je. Sempat singgah esplanade and aku solat je dlm nursing room dia yg super luas and comfy macam prince court. 

At merlion kami makan for total SD 20.20. Afterwards kami ride taxi back to woodland checkpoint for SD 32. Lepas urusan imigrasi kami naek bus lagi balek jb sentral for SD 2.80

So total spent for singapore trip is only SD 160....murah kan? Jgn la convert hahaha.

Ni bukan nk cite apa ada kat zoo tp more on guide on to go je....hope ada manfaat.







Selasa, Disember 22, 2015

Ekonomi from dummy for the dummies....haha

Aku  bukan ahli ekonomi. Pernah belajar ekonomi asas semasa SPM dan sedikit ilmu makro and micro ekonomi sewaktu di kampus, namun tidak melayakkan aku untuk menjadi ahli dalam lapangan ekonomi.

Begitupun malam ni rasa nak share sedikit tentang ekonomi dari sudut pandang orang kebanyakan seperti aku, marhaen orang kata.

Apa itu ekonomi? lazim kan kita dengar dialog macam ni...."barang mahal sekarang ni so kena ekonomi sikit lah" or promosi barangan yang macam ni......"promosi hebat, dapatkan pek ekonomi...lebih jimat lebih tahan lama"

Situasi2 di atas menggambarkan ekonomi secara umumnya difahami oleh orang ramai sebagai langkah berjimat-cermat. Kenapa kita nak berjimat? biasanya kerana peningkatan harga barang (Inflasi) atau penurunan dalam kadar pendapatan atau kombinasi kedua-duanya sekali (worse case). Dimana semua situasi tersebut mengurangkan kuasa beli atau selalu famos diukur dgn indeks harga pengguna.

So kiranya takrifan ekonomi umum tu walaupun bukan macam dalam buku tapi ianya agak relevan cuma perbuatan jimat cermat bukanlah ekonomi....ia cuma sebahagian daripada mekanisme kawalan terhadap keadaan ekonomi.

Apa kata buku?? haha....ikut teori, ekonomi ni is kajian sains sosial tentang how kita manusia menggunakan sumber2 yg terhad untuk memenuhi keperluan yg tidak terbatas. Key point dia....sumber adalah terhad tetapi keperluan tidak terbatas, nampak?? takrifan ni dah membayangkan ekonomi ni suatu yg perlu skills and ilmu untuk diurusi. 

Apa dia sumber2 tu? ada 4 sumber ekonomi yang utama....unless dh ada ilmu baru, minta maaf. 1. Buruh (kita la) human resource kalo bahasa glamor.
2. Tanah, kira alam semulajadi la...bukan soil semata-mata tp termasuklah hasil sumber bumi like petroleum, bijih besi, balak, air etc...
3. Modal, ringkasnya wang or duit....nak buat apa pun kena ada duit kan.
4. Usahawan, orang yg menawarkan servis mahupun produk.

Nampak tak semua sumber tu very limited? orang memang ramai tp yg mahir dan berkebolehan untuk buat kerja berapa kerat je?? sebab tu lagi rare skill, lagi tinggi upah dibayar...
Sumber alam....obviously la terhad kan, xyah hurai.
Modal....kaya mana pun kita mesti x cukup gak duit nak buat apa sahaja yg dihajati...so terhad.
Usahawan, ambil cth sykt penerbangan la dulu ada MAS je....fare mahal. Now since ada pilihan lain kira affordable la sikit but still terhad sebab tiket murah kena book awal else kena bayar harga biasa.....so faham kan?? haha

Kehendak yg tak terbatas....ini tak perlu explain kot. Manusia mana pernah cukup, walaupun hakikatnya dalam teori ekonomi ada konsep infiniti..ha beza tau dgn infiniti matematik. Dalam ekonomi ia ibarat isi air dlm gelas....byk mana pun kita isi kalau gelas dah penuh ia akan melimpah keluar gak, no point terus isi. Macam makan la, ada byk food pun kalalu dah kenyang tak boleh paksa. So ia gambaran bhw bukanla semua kehendak manusia ni tak terbatas, still ada tahap infinitinya cuma kita biasa tak peduli selagi boleh kaut.....kaut, tamak!!

So kenapa ada masalah ekonomi? walhal cuma perlu manage 2 bende je.....sumber and kehendak. Hmmm pendapat aku sebab Kehendak kita yg secara natural ikut nafsu dan tamak, tambah buruk ianya telah dimanipulasikan olh para kapitalis yg menguasai sebahagian besar sumber2 ekonomi.

Notice tak?? dalam definasi aku tulis Keperluan tapi dalam huraian lanjut aku tulis Kehendak? sebab kalo ikut keperluan je, insyaAllah takde masalah ekonomi. Tapi kita harini ramai yg ikut Kehendak. Ada beza needs and wants. Need sumting untuk kita hidup je seperti makan tapi kehendak is sumting utk gaya hidup seperi makan di hotel 5 stars. 

Aku malas nk ulas panjang bab Keperluan sebab ramai kita sedar cuma tak mampu nak lawan Kehendak. Bila dah takde duit hujung bulan baru balik pada keperluan....back to basic duit (sumber ekonomi) kawal kehendak dan sekadar penuhi keperluan. So cukup duit untuk makan hujung bulan. Simple kan?? tak payah Gabenor Bank Negara macam ni nk selia ekonomi haha....ofcoz la on macro ekonomi nampak simple macam tu but the real ekonomi yg kerajaan kita handle lot more complicated especially bila masuk hal2 politik tempatan dan antarabangsa.

Cuma kita kena tahu dan ambil tahu sebab ia effect hidup kita secara langsung. Aku bukan ahli kerajaan or anti kerajaan ke tp sebelum kita nak mengulas and marah2 dasar kerajaan, elokla kita faham basic ilmu ekomoni, ni kalau maksud pun tak tahu jangan cerita la bende2 lain. 

Malaysia setahu aku masih lagi mengamalkan dasar ekonomi campuran dimana pihak kerajaan mengawal sesetengah kegiatan ekonomi tetapi dalam masa yg sama memberi autonomi kepada pihak swasta untuk mengawal kegiatan pasaran. Berbeza dengan negara maju yg rata-rata amalkan konsep ekonomi kapitalis....100% ekonomi dikawal secara bebas oleh pasaran based on polisi yg digubal oleh kerajaan lah. Negara mcm Russia guna ekonomi sosialis, memilik negarakan semua sumber ekonomi dah kongsi hasilnya sama rata dgn rakyat, kira kerajaan kawal belaka la lepas tu bg BRIM haha....ada gaya sosialis gakla DS Najib and Rosmah ni. Lastly yg diiktiraf as sistem ekonomi dunia selain 3 tadi tu is ekonomi islam. Dia macam gabungan semua tetapi ofcoz la patuh syariah, xde unsur riba, judi etc..aku x sure mana negara yg amal 100%.

So fahamkan nape kadang2 kerajaan x boleh buat apa2 pada usahawan? macam kes telco and gst. Bukan semua kerajaan boleh kawal dalam sistem ekonomi Malaysia, else org pun bosan and xnak melabur la kat negara ni sebab x boleh buat untung lebih....remember?? kehendak yg tak terbatas? ha bukan kita pengguna je, peniaga pun tak terbatas nak untung. Kalau kerajaan sekat macam-macam pelabur lari pergi negara yg lebih terbuka seperti Singapore which end up kerajaan rugi income dari FDI dan cukai. Manakala kita maybe hilang peluang kerja. Bende ni makin ulas maken dalam aku pergi kang. 

Takde yg perfect sebab semua sistem tu ciptaan manusia kecuali kita kembali pada ekonomi Islam yg Allah gubal dalam Al Quran dan Hadith. Maybe non muslim tak setuju tapi sebagai orang islam aku percaya dan yakin thats the only way. Sebab tu org yahudi tak amal riba, judi, penipuan sesama mereka dalam bermuamalat.

Bab intro stop sini dulu, ada mood aku sambung....seronok cite ilmu ekonomi ni. 

Bai.

Khamis, Disember 10, 2015

Go ASEAN: Ho Chi Minh live update!

Malas nak tulis banyak so layan jela gamba ye. Pakai phone so susah sikit...susunan gamba pun jd tunggang langgang.

Listening to a traditional song while eating local planted fruits by mekong farmers.

Last before we end our trip. Row row row the boat! Then we tried honey tea at bee farm.
Poney ride at phoenix island.
We were at phoenix island. 1 out of 4 island in upper mekong river. We learnt how do they produce coconut candy.

Rest area before Mekong boat trip. Nice place with green surrounding.
Nite view of HCM city.
Here we are! Staying in Than Thu hotel. Bajet hotel located at Malaysian street. Extremly close to Benh Than market which u can see at the end of this picture. Many halal restaurants but pricey.
Btw, 7 million motorist on HCM city's road so be careful as they ride with no proper rules.

Note: kami ke sini dgn pakej Fahmi. Kat fb dia ada details. Very cheap and dia pun baik.

Note: trip ke mekong river plak kami amek on d spot je lepas sampai sini. Bismillah Tours. Ada depan hotel ni je kedai nye. Stakat yg kami usha this 1 the cheapest and offer complete pakej. Rm60 seorang dewasa. Bersih for transport to and fro. Boat ride, poney ride, sampan, makan buah, minum madu and lunch at halal restaurant.

Sabtu, Disember 05, 2015

Car boot sales Paka

Menghidupkan kembali zaman kanak-kanak!

Masa sek ren dulu hampir saban minggu aku berkampung di pasar malam sebab ikut mak or nenek meniaga. Ada seorang kawan baik bangsa india yg ayah dia jual kain kat pasar tu. Kami selalu main kejar2 satu pasar. Rasanya hampir semua peniaga kat pasar tu kenal kami....anak2 pasar haha.

20 tahun berlalu. Tak pernah terfikir akan kembali ke pasar untuk berniaga. Takdir Allah mencaturkan aku terjebak dengan jualan car boot paka. Dibuka setiap khamis dan jumaat bermula jam 4 ptg till 11 malam bertempat di tapak pasar malam Paka.

Bilangan peniaga boleh tahan ramai. Tak sempat nak round tapi rasanya ada lebih daripada 40 biji kereta yg open boot pada malam tu. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Kami mula buka boot lepas isya' je sehingga jam 1040. Waktu peak orang berkunjung. Sale was not bad. Wifey jual adijuma preloved dia and laku macam hot banana fritter hoho.

InsyaAllah ada rezeki kami nak sertai lagi dengan lebih banyak barang menarik.

Life is great. Don't stop exploring. Bai.

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...