Selasa, Disember 22, 2015

Ekonomi from dummy for the dummies....haha

Aku  bukan ahli ekonomi. Pernah belajar ekonomi asas semasa SPM dan sedikit ilmu makro and micro ekonomi sewaktu di kampus, namun tidak melayakkan aku untuk menjadi ahli dalam lapangan ekonomi.

Begitupun malam ni rasa nak share sedikit tentang ekonomi dari sudut pandang orang kebanyakan seperti aku, marhaen orang kata.

Apa itu ekonomi? lazim kan kita dengar dialog macam ni...."barang mahal sekarang ni so kena ekonomi sikit lah" or promosi barangan yang macam ni......"promosi hebat, dapatkan pek ekonomi...lebih jimat lebih tahan lama"

Situasi2 di atas menggambarkan ekonomi secara umumnya difahami oleh orang ramai sebagai langkah berjimat-cermat. Kenapa kita nak berjimat? biasanya kerana peningkatan harga barang (Inflasi) atau penurunan dalam kadar pendapatan atau kombinasi kedua-duanya sekali (worse case). Dimana semua situasi tersebut mengurangkan kuasa beli atau selalu famos diukur dgn indeks harga pengguna.

So kiranya takrifan ekonomi umum tu walaupun bukan macam dalam buku tapi ianya agak relevan cuma perbuatan jimat cermat bukanlah ekonomi....ia cuma sebahagian daripada mekanisme kawalan terhadap keadaan ekonomi.

Apa kata buku?? haha....ikut teori, ekonomi ni is kajian sains sosial tentang how kita manusia menggunakan sumber2 yg terhad untuk memenuhi keperluan yg tidak terbatas. Key point dia....sumber adalah terhad tetapi keperluan tidak terbatas, nampak?? takrifan ni dah membayangkan ekonomi ni suatu yg perlu skills and ilmu untuk diurusi. 

Apa dia sumber2 tu? ada 4 sumber ekonomi yang utama....unless dh ada ilmu baru, minta maaf. 1. Buruh (kita la) human resource kalo bahasa glamor.
2. Tanah, kira alam semulajadi la...bukan soil semata-mata tp termasuklah hasil sumber bumi like petroleum, bijih besi, balak, air etc...
3. Modal, ringkasnya wang or duit....nak buat apa pun kena ada duit kan.
4. Usahawan, orang yg menawarkan servis mahupun produk.

Nampak tak semua sumber tu very limited? orang memang ramai tp yg mahir dan berkebolehan untuk buat kerja berapa kerat je?? sebab tu lagi rare skill, lagi tinggi upah dibayar...
Sumber alam....obviously la terhad kan, xyah hurai.
Modal....kaya mana pun kita mesti x cukup gak duit nak buat apa sahaja yg dihajati...so terhad.
Usahawan, ambil cth sykt penerbangan la dulu ada MAS je....fare mahal. Now since ada pilihan lain kira affordable la sikit but still terhad sebab tiket murah kena book awal else kena bayar harga biasa.....so faham kan?? haha

Kehendak yg tak terbatas....ini tak perlu explain kot. Manusia mana pernah cukup, walaupun hakikatnya dalam teori ekonomi ada konsep infiniti..ha beza tau dgn infiniti matematik. Dalam ekonomi ia ibarat isi air dlm gelas....byk mana pun kita isi kalau gelas dah penuh ia akan melimpah keluar gak, no point terus isi. Macam makan la, ada byk food pun kalalu dah kenyang tak boleh paksa. So ia gambaran bhw bukanla semua kehendak manusia ni tak terbatas, still ada tahap infinitinya cuma kita biasa tak peduli selagi boleh kaut.....kaut, tamak!!

So kenapa ada masalah ekonomi? walhal cuma perlu manage 2 bende je.....sumber and kehendak. Hmmm pendapat aku sebab Kehendak kita yg secara natural ikut nafsu dan tamak, tambah buruk ianya telah dimanipulasikan olh para kapitalis yg menguasai sebahagian besar sumber2 ekonomi.

Notice tak?? dalam definasi aku tulis Keperluan tapi dalam huraian lanjut aku tulis Kehendak? sebab kalo ikut keperluan je, insyaAllah takde masalah ekonomi. Tapi kita harini ramai yg ikut Kehendak. Ada beza needs and wants. Need sumting untuk kita hidup je seperti makan tapi kehendak is sumting utk gaya hidup seperi makan di hotel 5 stars. 

Aku malas nk ulas panjang bab Keperluan sebab ramai kita sedar cuma tak mampu nak lawan Kehendak. Bila dah takde duit hujung bulan baru balik pada keperluan....back to basic duit (sumber ekonomi) kawal kehendak dan sekadar penuhi keperluan. So cukup duit untuk makan hujung bulan. Simple kan?? tak payah Gabenor Bank Negara macam ni nk selia ekonomi haha....ofcoz la on macro ekonomi nampak simple macam tu but the real ekonomi yg kerajaan kita handle lot more complicated especially bila masuk hal2 politik tempatan dan antarabangsa.

Cuma kita kena tahu dan ambil tahu sebab ia effect hidup kita secara langsung. Aku bukan ahli kerajaan or anti kerajaan ke tp sebelum kita nak mengulas and marah2 dasar kerajaan, elokla kita faham basic ilmu ekomoni, ni kalau maksud pun tak tahu jangan cerita la bende2 lain. 

Malaysia setahu aku masih lagi mengamalkan dasar ekonomi campuran dimana pihak kerajaan mengawal sesetengah kegiatan ekonomi tetapi dalam masa yg sama memberi autonomi kepada pihak swasta untuk mengawal kegiatan pasaran. Berbeza dengan negara maju yg rata-rata amalkan konsep ekonomi kapitalis....100% ekonomi dikawal secara bebas oleh pasaran based on polisi yg digubal oleh kerajaan lah. Negara mcm Russia guna ekonomi sosialis, memilik negarakan semua sumber ekonomi dah kongsi hasilnya sama rata dgn rakyat, kira kerajaan kawal belaka la lepas tu bg BRIM haha....ada gaya sosialis gakla DS Najib and Rosmah ni. Lastly yg diiktiraf as sistem ekonomi dunia selain 3 tadi tu is ekonomi islam. Dia macam gabungan semua tetapi ofcoz la patuh syariah, xde unsur riba, judi etc..aku x sure mana negara yg amal 100%.

So fahamkan nape kadang2 kerajaan x boleh buat apa2 pada usahawan? macam kes telco and gst. Bukan semua kerajaan boleh kawal dalam sistem ekonomi Malaysia, else org pun bosan and xnak melabur la kat negara ni sebab x boleh buat untung lebih....remember?? kehendak yg tak terbatas? ha bukan kita pengguna je, peniaga pun tak terbatas nak untung. Kalau kerajaan sekat macam-macam pelabur lari pergi negara yg lebih terbuka seperti Singapore which end up kerajaan rugi income dari FDI dan cukai. Manakala kita maybe hilang peluang kerja. Bende ni makin ulas maken dalam aku pergi kang. 

Takde yg perfect sebab semua sistem tu ciptaan manusia kecuali kita kembali pada ekonomi Islam yg Allah gubal dalam Al Quran dan Hadith. Maybe non muslim tak setuju tapi sebagai orang islam aku percaya dan yakin thats the only way. Sebab tu org yahudi tak amal riba, judi, penipuan sesama mereka dalam bermuamalat.

Bab intro stop sini dulu, ada mood aku sambung....seronok cite ilmu ekonomi ni. 

Bai.

Tiada ulasan:

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...