Menghidupkan kembali zaman kanak-kanak!
Masa sek ren dulu hampir saban minggu aku berkampung di pasar malam sebab ikut mak or nenek meniaga. Ada seorang kawan baik bangsa india yg ayah dia jual kain kat pasar tu. Kami selalu main kejar2 satu pasar. Rasanya hampir semua peniaga kat pasar tu kenal kami....anak2 pasar haha.
20 tahun berlalu. Tak pernah terfikir akan kembali ke pasar untuk berniaga. Takdir Allah mencaturkan aku terjebak dengan jualan car boot paka. Dibuka setiap khamis dan jumaat bermula jam 4 ptg till 11 malam bertempat di tapak pasar malam Paka.
Bilangan peniaga boleh tahan ramai. Tak sempat nak round tapi rasanya ada lebih daripada 40 biji kereta yg open boot pada malam tu. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Kami mula buka boot lepas isya' je sehingga jam 1040. Waktu peak orang berkunjung. Sale was not bad. Wifey jual adijuma preloved dia and laku macam hot banana fritter hoho.
InsyaAllah ada rezeki kami nak sertai lagi dengan lebih banyak barang menarik.
Life is great. Don't stop exploring. Bai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan