Rabu, Jun 24, 2009

Soundbite

Dah lama tak menulis…malam ni rasa ada mood plak. Saje nak stori perihal last 2 weeks yg were tiring, xciting & menduga hati serta perasaan.

1st day of last week pagi2 buta dah dapat call drpd makcik beritahu yg nenek ditimpa kemalangan. Tulang kaki kiri patah akibat dirempuh sebuah kereta kancil just betul2 kat simpang nak masuk rumah. Hati jadi sangat gusar sebab last time nenek sakit n terlantar adalah time aku form 2 so dah lama tak xpirience such moment. Rasa nak balik kg aritu gak tapi kereta dalam bengkel n makcik cakap everything is under control…tawakkal je la.
Dalam kesugulan tu di pejabat plak ada QESH Day 2009..keje tetap keje la. Takkan aku nk monyok je kat opis…better amik cuti kalo macam tu. So QESH day tetap dijayakan….tahun ni aku jadi committee by default which come with my position @ admin tapi bukan stream committee ar so aku boleh join activity yg dianjurkan buat pertama kalinya. Secara bidang terjun joint Qesh Race…tho x menang tapi kepenatan tu berbaloi ar dapat memeriahkan suasana. Later team up plak ngn member sekampung atas nama Kuala Selangor untuk Kuiz HSE…Thanks God kami jadi Naib Johan…Tahniah to team Kak Nazma & Kak Shima the eventual winner.  

Then njoy tgk Fit witz competition tu…tahun depan aku nak masuk la coz dah tau apa nak buat hehe.

Last day again bidang terjun jugak diminta jadi emcee utk closing ceremony…mcm biasa sebab pengajur x bagi skrip so aku tibai je la…ntah apa2 aku merepek asalkan majlis in control…sampai CEO pun aku mangsai (sori bos).

Come Thursday aku amik cuti…x tahan dah nak tgk nenek. P amik kete yg baru siap dibaiki n terus balek kampong jenguk nenek. Luka x berjahit coz dia x nak…tulang retak pun x dapat masuk besi coz dia membentak…so bersimen jela kaki nenek. Dia x boleh bergerak n terbaring je kat rumah…kesian plak tgk coz nenek aku ni aktif orangnya, bukan tau duduk diam. now dia jadi rimas sebab tak boleh buat apa2…

Ahad terpaksa juga balik kertih n masuk opis keje sebab ada MPAQ plak….same scenario which my position forced me to be in the committee ( tp aku suka rela) hehe…not a stream committee aku just handle urusan dgn pihak2 luar yg dtg utk buka gerai jualan n pameran je…Alhamdulillah semuanya lancar…ada gerai dari Saba Islamic Media, Islamic Relief Malaysia, Wassiyah Shoppe, Bank Rakyat & Darul Bayan (Maahad Tahfiz)…not bad collection diorang (aku dgr2 la…Saba dpt > rm2000 a day)

MPAQ kali ni aku jadi peserta jugak….masuk kuiz agama tapi kalah di peringkat awal huhu. Apepun atleast aku dpt refresh balik la ilmu2 yg semakin berkarat sebab duk pulun baca balik nota2 lama. Secara bidang terjun (lagi) kena jadi pemain tabla plak utk kumpulan nasyid Sauhatul Muhandis (suara jurutera) yang gagal mendapatkan minus one utk lagu mereka. Ntah dari mana datangnya bakat tetiba je aku boleh bermain alat tersebut (walaupun adakala off tempo) despite a day of practice they end up as a winner…I m proud to be a part of the team. Not a singer tho…just a percussionist. Thanks to sek kg chabang yg sudi pinjamkan alat music tu…selain tu ada mcm2 pertandingan lagi antaranya Sajak, Tilawah, Murattal, Hafazan, Azan & Montaj.

Lain2 hal…dicelah-celah kesibukan MPAQ sempat gak aku melayani rombongan Pengarah Kastam Terengganu, YB Dato’ Ajis. Thanks la Dato’ for all your compliments and being supporting enough during my presentation…u made me realize something. Oh ya…thx sebab puji depan member2 HRPC, moga2 betul-betul dapat rating 2 seperti yg Dato’ cakap tu hehe.

MMM tambahan sikit yg x best dlm minggu ni, luka lama berdarah kembali…tadi Hj Mail ECRO Tanya, nape u tak release? Huhu…Tanya bos la Tn Hj….sy ni mentimun…yg mengikut arahan. Better luck next time…

N n n …aku kena langgar plak ngn seekor kancil malam kelmarin, calar plak bumber Bandar ku…tp redho jela…dgn cool aku langsung x marah pakcik yg langgar aku tu….sebab mcm dah biasa kut hahaha. Asalkan bukan aku langgar org cukupla…kete calar tu perkara biasa.
Sini dulu la…wassalam.

Khamis, April 16, 2009

Corat coret



assalamualaikum & good day!
wow! dah sebulan rupanya aku tak update blog ni.
Bukanla buzy sangat cuma tak berkesempatan nak menulis je. Yesterweek buzy sikit merencana program Beach Cleaning, thanks God the program went smooth & successful. My notes about this is available on Facebook.
Dalam masa yg sama masih bergelut dengan urusan tuntutan insuran kereta, dah buat rayuan terhadap sum amaun yg mereka offer. Mudah-mudahan akan mendapat pertimbangan sewajarnya, jika tidak Biro Pengaduan Bank Negara akan menjadi usaha terakhir aku untuk mendapatkan nilai setimpal bagi kereta tu.
Dengan pihak bank Rakyat pun ada konflik, finali semua setel hanya dengan satu emel aduan kepada ibu pejabat. Now they are very responsive and helping...thank you Bank Rakyat!
Last week plak terpaksa mengadap YDP MPK untuk dapatkan kerjasama MPK bagi program 3R yang bakal meledak tidak lama lagi....nantikan! Weekend plak hadiri mesyuarat agung PIBG Sk Kg Chabang seperti biasa sebagai wakil syarikat. fuhhh...1st time aku attend PIBG meeting, had no idea pun what to do. Then kena ushered YB Dun Kemasik plak...hampeh ustazah Lazifah kenakan aku. YB tu plak slumber je sound, PERTRONAS kenala selalu hadir program2 macam ni, bukan setakat hulur duit je....org kg ni seronok kalo dapat bersua muka...yela yela. Apepun yg bestnya dapat kenal Pak Ali petani jaya...banyak kali dia offered aku datang dusun durian dia, kononnya tahun ni durian berbuah lebat...woww durian kampung duh! Pak Ali confirm sy datang nanti.
Next week nak ke Sk Chabang lagi, ada aktiviti lukisan mural and perjumpaan dengan ibu bapa pelajar program Bakti. MMM ada Management Staff Info Sharing juga, demanded to be program moderator, memula dah refused bcoz was worried people will get bored with me. Yelah baru je last time masa Pushing The Limits Day tu dah buat appearance, nanti people question plak...xde host lain ke?? tp dah disuruh jugak...layan.
Oh ya...this week jugak dapat 2 bos baru. GM baru En Yusri ganti En Wan yang promoted as CEO PETRONAS Ammonia. 19 ni akan jadi emcee untuk farewell dinner kat Awana Kijal...yeaaa makan free! sedeynya la host amatur macam aku ni...org bagi makan je, takdepun upah ribu2 macam Aznil huhuhu. Seorang lagi, SM HRM...my direct report :), bos lama pencen tapi dengarnya dah dapat offer from ECER. Bos baru plak daripada Carigali Oversea....btw, PM pun baru hehehe
April...wht a hectic month. Bajet this fiscal yr pun dah dapat semalam so semua projek boleh kick off soon....tho we are cutting down the bajet but still there are money to be invested.

Ahad, Mac 15, 2009

Hujan

Hmmm hujan-hujan ni aku tak tahu apa nak buat. TV…ASTRO bengong tu macam biasala, bila hujan je NO transmisson. Walhal dah berapa bijik satelit dah depa orbitkan ke angkasa tapi hasil nye camtu jugak. Internet pun lagi satu, bila cuaca macam ni je mesti no network. So apa lagi aku nak buat selain daripada menulis serangkap dua hehe.

This time takde specific topic/judul/tajuk sebab aku menulis out of sudden (nak isi masa lapang je ). Alang-alang ni terasa nak komen pasal konsert pertama AF7 lah. Secara peribadi aku HAMPA...bukan hampa dengan kualiti peserta tetapi hampa dengan kualiti penerbitan tahun ini. Yela..ASTRO asyik promote suatu tranformasi akan berlaku so expectation aku pun langit ke 7 la. Tup-tup production macam hampeh! Giler cost saving, pentas kali ni jauh lebih kecil, set kusam, gelap tak bernyawa….walhal selama ni itula nadi utama yang menjadikan AF lain berbanding program seumpamanya di Malaysia.

Pujian jugakla dari satu aspek iaitu “Drama” AF malam semalam kurang drama aka kezutan...pengacara si AC Mizal pun tak melalut tanpa motif seperti musim lalu. Pelajar tak disuruh memperkenalkan diri dengan cara gedik sambil melemparkan tagline-tagline picisan yang sooo AF! The program was straight forward about singing & performances. A real business la I could say.

Pengkritik, aku suka Dato’ Khatijah Ibarahim…karisma beliau begitu teserlah dalam memberikan kritikan. Meskipun beliau satu nama besar tetapi boleh Nampak sifat rendah diri & tak suka tunjuk pandai yang ada pada beliau, taklah macam Shamsul Ghau2 dalam Raja Lawak musim ke 3….poyo giler!. Adlin macam biasa la…point ada & most of the time relevant tapi berbelit-belit, dia tak tahu konsep concise and concrete. Si Edri tu plak, sikit-sikit…aku pilih budak ni, aduii relax la bro, ko pilih ke tok penghulu ko pilih ke….ada aku kisah?? Komen jelah pasal nyanyian budak2 tu.

Budak2 tu plak…..overall were okay la. Few nampak outstanding n few yang nampak nak kena baling. Aku taknak komen panjang2 pasal depa sebab akupun bukan pandai nyanyi. Cuma aku memang tak boleh tahan dgn mamat yg nyanyi lagu Jamal tu, apa ek nama dia?? Suara was not bad la jugak…tp 1st verse jek dah flat duh! Obvious giler, tak perlu nak ada Ijazah dalam seni nyanyian….sapa2 boleh notis. Hi note plak main taram je…jerit sesuka hati buat aku sakit hati. Lagu tu punyala sedap and ofcoz too big for him as amateur…dare nyela menyanyikan lagu Jamal Abdillah. Blaja lagila dik….

Actually selain AF aku pun follow gak One in a million 3….hehehe. last week Tomok dapat imuniti as expected. Among 9 malam tu, memang Tomok la paling menyerlah both vocally n performance wise. Aku tak puas hati ngan si Syafinaz tu je, tak payahla sound Aidit Alfian live in national TV kak oi…kalo ko tak puas hati ngan prinsip dia yang tak benarkan lagu dia digubah sesuka hati, ko ada 1 minggu sebelum konsert untuk menyatakannya. Then kalo rasa Aidit tak boleh beri komitmen seperti diharapkan, cari jela composer lain, why nak hentam dia kat dalam TV?? His song his right la. Desperate sangat nak backing poor performance from si Esther latu…poyos…kalo minah tu bagus nyanyi la arrangement macam mana pun tetap akan sedap punya…jgn salahkan music score ek. Dato’ Siti tu relax je nyanyi lagu apa & siapa pun.

Okaylah...buat masa ni hujan dah berhenti setelah turun sehari suntuk. So until some other time la....oh ya Viva Liverpool, we never walk alone !! haha tak puas belasah Madrid malam tadi the Reds plak jadi mangsa HAHAHA

Khamis, Mac 12, 2009

Mina san..arigato' !

Seminggu telah berlalu semenjak peristiwa kemalangan tempoh hari. Namun sehingga hari ini aku masih dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada rakan-rakan yang prihatin akan kejadian yang menimpa diri ini.

Jujur aku rasa terharu sangat apabila Selasa lalu ketika mula-mula masuk pejabat selepas pulang daripada cuti kecemasan, ramai sungguh rakan-rakan, kakak-kakak, abang-abang, bos-bos & staf-staf yang bertanyakan khabar. Huhuhu rasa diri ini amat disayangi, untuk itu terima kasih semua!

Mujur aku dah tulis cerita penuh tentang kejadian dlam blog ni, maka aku tak perlu nak berceloteh panjang kerana kebanyakan mereka telah membaca sendiri coretan aku di sini. Bagi yang belum baca aku sekadar menjawab sambil menyarankan agar mereka membaca nya...hehehe promosi blog pulak ( dasar budak marketing). 

Malah tak kurang juga yang menyarankan agar aku berkongsi pengalaman ngeri ini dengan semua kakitangan melalui sesi pengucapan awam di Auditorium Bunga Raya. Insyaallah akan aku usahakan sekiranya ada kesempatan kelak. Namun buat masa ini ada baiknya kita semua menyelesaikan PPA masing-masing. Untuk yang belum tahu, PPA dateline adalah pada 24 March 2009. 

Siang tadi aku baru sahaja menyempurnakan PPA untuk staf-staf kesayangan aku di pejabat, 3 orang je...tak ramai. Itupun dah pening kepala, wonder how la bos-bos yang punyai ramai anak buah tu?? I bet mesti tension bila hujung tahun & awal tahun kewangan. Tumpuan terhadap PPA menyebabkan bajet mini RM 60 billion yg diumum Dato’ Seri Najib amat tidak diperkatakan…meskipun aku terasa nak mengulas hal tersebut tapi baiklah layan blog A Kadir Jasin untuk topik-topik yang sepertinya itu. 

Risau jugak mendengar unjuran MIER tadi yang mengatakan ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan sehingga sekurang-kurangnya 2012! Dengan jangkaan pertumbuhan serendah 0.5% sehingga –ve 3.8%. Nampaknya hasrat nak tukar kereta ku yang remuk tu terpaksalah di freeze seketika. 

Okala…celoteh dah cukup panjang ni, to all EPEMSB staff, be ready for incoming Pushing The Limits Forum that will be held on 25th March 2005. Insyaallah more will be disclosed on how we want to face this uncertainty period of time…I’ll b around as the forum moderator (evening session)…dah berangan-angan nak jadi macam Suhaimi Sulaiman dalam Astro Awani sebentar tadi yang berdiskusi tentang kerjasama menyelamatkan ekonomi antara BN & PR. Paling tidak pun nak jadi macam Gan Ai Ling yang cukup betah bila berbicara soal ekonomi….

Wassalam.

Isnin, Mac 09, 2009

Sweet Escape



Alhamdulillah! Itu aje ungkapan yang mampu aku lafazkan untuk menunjukkan rasa bersyukur yang amat sangat lantaran kemalangan yang melanda aku tempohhari.

Kemalangan?? Mungkin ada yang dah tau & tak kurang juga ramai lagi yang belum tahu bahawa minggu lepas pada 4 Mac 2009 aku telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya tahap ngeri yang layak diklasifikasikan sebagai 18 SG.

Semuanya berlaku sewaktu perjalanan pulang ke kampong. Di dalam keterujaan melampau, rasa penat yang tak terbendung ekoran memandu 5 jam tanpa henti dari Kertih awal pagi tersebut, aku hilang kawalan ketika memandu di kawasan bersimpang siur & agak berbukit sejurus sebelum Kuil Hindu atas bukit nak masuk simpang ke Batu Arang ( orang Kuala Selangor should know la this location).

Aku mengaku la…waktu tu aku agak laju daripada had yg ditetapkan. Sebabnya lokasi tu cuma kurang lebih 40 minit nak sampai Tesco Kuala Selangor (my final destination of d day) so aku tekan minyak sebab nak cepat sampai supaya boleh rehat2 n tidur. Ntah macam mana, dengan takdir Tuhan kereta aku terbabas lalu merempuh lereng bukit. Ekoran hentakan berkelajuan tinggi tersebut kereta aku pun flipping tak hingat….as far as I could recall, it was filliping 3 times before landed like a tortoise. 4 wheels were all at top!!

Looking at the car…people will at least do think I am hospitalized. However Alhamdulillah once again that I am surprisingly safe. Masa kejadian, no bleeding, no injury, no dizzy, no trauma….absolutely nothing. Malah sebaik aje kereta aku berhenti berbalik, aku immediately with full conscious buka sit belt…wearing my spec and evacuated calmly trough the driver door which I eventually found that it’s the only door that open able. 

Terus keluar because was worry la kalau kereta meletup what so ever kan. Then when I certain yg its not going to explode, aku went back in looking for my wallet & handphone. Nasib searchable… dah ada handphone barula boleh call my aunti & uncle yg luckily keje around the corner je. Tapi by that time dah ramai lah orang yg berhenti dan menghulurkan bantuan…terima kasih all. Pastinya kaki-kaki tow pun dah sampai tanpa perlu di call…hehe. Apapun brother tow tu baik & sangat membantu, thanks bro! 
Dalam keadaan yang malang tu aku masih rasa gembira & mampu tersenyum melayan setiap pertanyaan daripada rakyat2 Malaysia yang prihatin, antara FAQ ialah…student UNISEL ke? Hmmm adakah student UNISEL selalu kemalangan di situ??? Tapi area tu memang famous ngan accident, sampaikan bila buat repot polis, brother tow tu Cuma perlu mention “tempat biasa” je…polis dah tau kat mana…alangkah alangkah!

Merenung kembali peristiwa ni, serius aku rasa wow! Tuhan boleh ambil nyawa aku bila2 masa aje....selama ni pun aku sedar akan hal tersebut cuma tak terkesan sangat. Tapi peristiwa ni betul2 a wake up call la to tell me that hello why wait if you can do it now??? Don’t delay & don’t hesitate to do good things & stop all the bad things immediately. Teringat Ustaz Hanafi pernah cakap, Tuhan beri ujian pada muslim yang soleh & azab/bala pada muslim yang alpa…maka aku dengan rasa rendah hati percaya bahawa ini adalah satu balasan Tuhan terhadap kelalaian aku selama ini. Ustaz Zawawi ada cahap, hakikat mengakui kelalaian diri juga adalah riak iaitu kita seolah-olah menunjukkan kita baik dgn mengaku kelemahan diri. Justeru sekiranya ada yg rasa aku riak maka aku minta maaf. Aku cuma tulis apa yg aku rasa pasca kejadian…Cuma aku yang tahu betapa banyaknye dosa aku pada Tuhan, justeru ingatan kecil ni hanya nak bagitau aku God is watching….

Wassalam.

Selasa, Mac 03, 2009

Pre Holiday

Salam...

aduh penat sungguh....baru sampai dari Rantau Abang Dungun iaitu kira-kira 55km jauhnya daripada rumah aku di Rantau Laut Kemasik ni. Aku ke sana sebab mewakili bos bagi merasmikan Kem Kecemerlangan UPSR 2009 SRK Kg Chabang. Untuk makluman, sekolah berkenaan merupakan sekolah angkat EPEMSB di bawah Program Bakti Pendidikan PETRONAS. Justeru sebagai keluarga angkat kepada sekolah tersebut maka kami menaja segala keperluan demi kecemerlangan murid-murid tahun 6 khususnya. 

selain kem seperti ini, PETRONAS juga membiayai kos kelas tambahan yang dikelola oleh pihak sekolah saban minggu. Guru2 terbabit pula dilatih secara komprehensif oleh pihak PETRONAS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Di pantai timur ni, kami cuma fokus kepada subjek bahasa Inggeris. Namun ditempat -tempat lain subjek Math & Sciene juga turut diberi penekanan.

Back to the launching ceremony, i was just happy to be with all the adik2...some of them memang dah kenal lama atleast since 2 years ago, before i became the Program coordinator. Hmmm if possible tak mahu guna bahasa rojak, tapi bila guna bahasa Melayu bunyi skematik & ayat pendek jadi panjang....huhu. Btw, as much as i remember them...they did remember me as well....rasa glamour sekejap bila semuanya saying hi to me once i stepped into the hall...some called my name "abang Ajam" so sweet! 

mmm nak tidur dulu la....esok pagi Insyaallah nak gerak balik kampung. Long journey jugak la 4-5 hours more less...plan tak balik rumah terus tapi nak singgah newly open TESCO Kuala Selangor to visit my mum & my aunty yg buka kedai kat situ...mum i coming tomorrow, c u there!

so untill then...have a nice holiday to all terengganunians (ada ke ejaan mcm ni) & to the rest Good Day!

Isnin, Mac 02, 2009

Salam perkenalan


Just nak update that nama baru blog ni is nuansa ajam...



salam all...
aku dah lama register address blog ni tapi ntahla tak pernah plak terdetik nak update apa-apa. tetiba malam ni aku rasa gatal tangan nak beblogging..
setelah aku pecah kepala otak memikirkan nama terbaik untuk blog ni, akhirnya aku pilih tajuk lagu kegemaran aku On My Own nyanyian Whitney Houstan. Well personally lagu ni banyak beri inspirasi pada aku setiap kali aku rasa down what so ever...
dalam konteks blog ni, On My Own membawa pengertian bahawa aku bertangungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa jua yg dipaparkan dalam blog ni...apa jua yg bakal aku tulis adalah semata-mata pandangan peribadi aku berdasarkan kedangkalan & kelemahan yang aku miliki.
Justeru terlebih dahulu aku mohon maaf jika ada yang bakal terguris dengan apa yang bakal tertulis dalam blog ni nanti sebab orang cakap mulut aku ni kadang-kadang lazer. Ntahla...

Winter Sonata

Annyeonghaseyo, fellow wanderlust enthusiasts! Join me as I take you on a rollercoaster ride through my unforgettable journey to Korea from ...